Bekas setiausaha persatuan disyaki guna dokumen palsu minta peruntukan RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah

Bekas setiausaha persatuan disyaki guna dokumen palsu minta peruntukan RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah

Bekas setiausaha persatuan disyaki guna dokumen palsu minta peruntukan RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah
Foto hiasan – FAIL NSTP/ASWADI ALIAS

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas setiausaha persatuan selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu mendapatkan peruntukan khas kira-kira RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada jam 9.40 pagi semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Peruntukan yang dimohon kononnya bertujuan membina bangunan pejabat pentadbiran persatuan berkenaan di sebuah daerah di negeri ini, yang juga tempat suspek bertugas.

“Suspek yang juga guru besar, disyaki mengemukakan dokumen palsu ketika memohon dana khas berkenaan.

“Beliau kini digantung tugas dan pernah didakwa dengan lapan pertuduhan mengikut Seksyen 471 dan Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 21 Mei tahun lalu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Kes berkenaan masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Susulan penahanan itu, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok bagi tujuan pertuduhan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

Katanya, pendakwaan akan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Bekas setiausaha persatuan disyaki guna dokumen palsu minta peruntukan RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker