Shahida wanita terhebat di hati saya – Bonda Rozita

Shahida wanita terhebat di hati saya – Bonda Rozita

Shahida wanita terhebat di hati saya – Bonda Rozita
Rozita turut memuji Shahida yang tidak pernah meminta-minta harta pada anaknya biarpun dia sendiri menyuruh menantunya untuk berbuat demikian.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim akhirnya bersuara mengenai isu panas yang terletus antara menantunya, Datin Seri Shahida bersama adik iparnya, Datin Rebecca Nur Al Islam.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Rozita berkongsi nukilan panjang lebar yang didedikasikan khas buat menantu kesayangannya itu.

Menurut Rozita, Shahida adalah menantu terbaik yang dianggap sebagai sahabat baiknya.

“Shahida wanita yang saya kasihi. Beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti pasti dia ialah menantu yang boleh menemani saya. Allah jagakan insan ini untuk Kri (Aliff Syukri) dan anak-anaknya.

“Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu. Saya sorokkan. Hanya dengan Ida saya ceritakan. Dia wanita hebat di hati saya,” tulisnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Tambah Rozita lagi, sebagai seorang yang juga pernah bergelar menantu, dia faham betapa susahnya dan susahnya untuk masuk dalam keluarga suami.

“Saya pernah jadi menantu. Saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mentua yang terbaik pada mereka.

“Saya patut berterima kasih kepada menantu perempuan sebab dia melayani anak lelaki saya dalam susah dan senang. Saya tahu bagaimana rasanya masuk dalam keluarga orang. Kekok dan rasa terasing.

“Saya sangat membela hak menantu. Kerana saya tahu kelemahan anak-anak saya. Mereka ialah anak orang yang perlu dihargai. Menantu pilihan saya Ida dan Fiza ialah hadiah termahal saya beri pada anak lelaki kerana mereka sabar, bijak dan kuat. Itulah kecantikan mereka. Dia adalah anugerah Allah yang bernilai dalam kehidupan saya,” tulisnya.

Rozita turut memuji Shahida yang tidak pernah meminta-minta harta daripada anaknya biarpun dia sendiri pernah meminta menantunya untuk berbuat demikian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta


“Menantu saya tak kaya, tapi kaya kebaikan. Teramat baik. Tak meminta-minta pada anak lelaki saya. Saya pernah suruh Ida ambil duit Kri sebab saya risau Kri ramai peminat. Ida bukan mata duitan!

“Itulah menantu saat saya jatuh dalam bisnes dan emosi tentang hal-hal keluarga, Ida dan Fiza selalu temankan saya. Mereka setia dan ada untuk saya bila-bila masa,” kongsinya.

Semalam, adik ipar Rozita, Rebecca membidas kenyataan Shahida dan menggelarkan wanita sebagai mak cik bodoh dan bermulut jahat gara-gara menegur perbuatannya yang suka berkongsi perihal ibu mentuanya dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Shahida wanita terhebat di hati saya – Bonda Rozita

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker