Pemilik restoran didenda RM1,000 gagal jadikan premis kawasan larangan merokok
Pemilik restoran didenda RM1,000 gagal jadikan premis kawasan larangan merokok
SEREMBAN: Pemilik sebuah restoran di Seremban didenda RM1,000 kerana gagal memastikan premisnya sebagai kawasan larangan merokok.
Tertuduh premis berusia 52 tahun mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah dalam perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini hari ini.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati gagal memastikan tiada perokok yang merokok di dalam premis miliknya.
Kesalahan itu dilakukan pada 3 September 2024 di sebuah premis di Taman Pemai 3, Seremban.
Pemuda lari bersama bakal ibu mentua 10 hari sebelum majlis perkahwinan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Oleh yang demikian, tertuduh sebagai pemilik premis didapati melakukan satu kesalahan mengikut sub peraturan 12(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut sub peraturan 12(3) peraturan yang sama.
Jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.
Pendakwa kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban Vivig Dinesh A/L Vigane Swaran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pemilik restoran didenda RM1,000 gagal jadikan premis kawasan larangan merokok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
You must be logged in to post a comment.