Ikan patin gergasi ‘serah diri’

Ikan patin gergasi ‘serah diri’

Ikan patin gergasi ‘serah diri’
Tangkap layar menunjukkan ikan patin gergasi yang ditangkap di sebatang sungai di Indonesia. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita dan anak lelakinya terkejut apabila menemui seekor ikan patin gergasi yang muncul di permukaan sungai di Kalimantan, Indonesia, lapor portal Berita Satu semalam.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkkalteng memaparkan si ibu dan anaknya sedang mengayuh sampan sebelum menemukan ikan patin yang terapung dalam keadaan terbalik.

Mereka segera mendekati ikan itu lalu menangkapnya dengan jaring.

Selepas dibawa ke darat dan ditimbang, ikan gergasi itu memiliki berat 10 hingga 15 kilogram, demikian menurut keterangan video.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Ikan itu penat menjadi ikan,” kata seorang netizen.

“Terlalu gemuk sampai tidak larat untuk berenang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Ikan patin gergasi ‘serah diri’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker