Bodo/Glimt cipta kejutan ke atas Lazio

Bodo/Glimt cipta kejutan ke atas Lazio

Bodo/Glimt cipta kejutan ke atas Lazio
SALTNES (kanan) berjaya memberikan aksi cemerlang. FOTO Reuters

Bodo: Dua jaringan daripada Ulrik Saltnes membantu Bodo/Glimt mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Lazio dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa yang berlangsung dalam cuaca sejuk membeku, awal pagi tadi.

Pertemuan berat sebelah itu berlangsung dalam suhu sekitar sifar darjah celsius di Bodo, dengan padang tiruan di Stadium Aspmyra masih diselaputi salji pada awal pagi sebelum dibersihkan menjelang sepak mula.

Lazio nyata bergelut menyesuaikan diri dengan cuaca dingin serta permukaan padang, dan sepanjang perlawanan mereka lebih banyak bertahan, hanya melepaskan satu percubaan tepat ke gawang berbanding asakan bertali arus tuan rumah.

“Saya amat berpuas hati dengan banyak perkara, tetapi kami tidak boleh terlalu teruja,” kata jurulatih Bodo/Glimt, Kjetil Knutsen kepada Viaplay.

“Kami ada identiti yang jelas dan kekuatan dalaman yang luar biasa. Kami patut berbangga dengan itu.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Pasukan dari Norway itu kini berpeluang mencipta sejarah sebagai kelab pertama dari negara itu mara ke separuh akhir kejohanan Eropah sekiranya berjaya mempertahankan kelebihan dalam aksi timbal balik di Rom minggu depan.

Seawal perlawanan, Jens Petter Hauge mencemaskan benteng Lazio dengan satu percubaan rendah yang memaksa penjaga gol simpanan, Christos Mandas merebahkan badan untuk menyelamatkan bola.

Bodo/Glimt hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi Ole Didrik Blomberg, namun rembatannya tersasar selepas kawalan bola yang kurang kemas.

Bagaimanapun, hanya dua minit selepas babak kedua bermula, Saltnes memecah kebuntuan apabila menyudahkan hantaran pendek Blomberg di dalam kotak penalti untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Gandingan hantaran pantas dan corak permainan intensif Bodo/Glimt terus memberi masalah kepada pertahanan Lazio, namun beberapa peluang keemasan gagal diterjemahkan kepada jaringan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil sekali lagi pada minit ke-69 apabila Saltnes sekali lagi meledak, kali ini selepas menerima hantaran leret dan melambungkan bola melepasi Mandas.

Meskipun Alessio Romagnoli cuba mengeluarkan bola, ulang tayang mengesahkan ia sudah pun melewati garisan gol.

Saltnes hampir melengkapkan hatrik di penghujung perlawanan namun disekat Mandas, yang turut menafikan percubaan Odin Bjortuft pada saat akhir.

“Mereka main dengan kelajuan tinggi disebabkan padang tiruan,” kata pengendali Lazio, Marco Baroni kepada Sky Sport Italia.

“Saya yakin aksi timbal balik nanti akan berbeza, dan peluang untuk layak masih terbuka.”

Perlawanan kedua akan berlangsung Jumaat depan di Stadio Olimpico, dengan Lazio kini perlu memburu kemenangan sekurang-kurangnya dua gol tanpa bolos untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

 

Bodo/Glimt cipta kejutan ke atas Lazio

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker