Lelaki ceroboh markas askar wataniah di Gerik ditahan

Lelaki ceroboh markas askar wataniah di Gerik ditahan

Lelaki ceroboh markas askar wataniah di Gerik ditahan
Gambar hiasan

GERIK: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menceroboh markas askar wataniah di kawasan Kompeni C, Batalion 2 Rejimen 503 Askar Wataniah Gerik, di sini pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata, maklumat pencerobohan itu diadukan kepada pihaknya oleh seorang sukarelawan tentera kem itu berusia 42 tahun jam 9.09 pagi tadi.

Lelaki ceroboh markas askar wataniah di Gerik ditahan

 

Kata Zulkifli, siasatan awal mendapati pengadu melihat suspek berumur 50 tahun itu pada 8.45 pagi berada dalam kawasan berpagar yang terdapat tulisan “dilarang masuk tanpa urusan” pada dinding bangunan.

Suspek dipercayai menconteng dinding bangunan dengan perkataan “dilarang masuk tanpa urusan’ menggunakan cat semburan.

“Apabila dihampiri oleh pengadu, suspek yang dikenali dengan nama panggilan “Mat” itu meninggikan suara menyatakan itu adalah tanah miliknya, lalu meminta pengadu keluar dari kawasan berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Menurutnya lagi, ekoran penahanan suspek itu polis juga turut merampas barang-barang yang dipercayai digunakan untuk memecah pagar, antaranya rangkai kunci yang terdapat enam anak kunci, dua unit kunci, besi pengorek tanah, serta kepala tukul besi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Muhamad Suwadi Mohd di talian 016-8804375.

Lelaki ceroboh markas askar wataniah di Gerik ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker