Pasangan mandi kolam nyaris tercampak ke bawah bangunan ketika gempa
Pasangan mandi kolam nyaris tercampak ke bawah bangunan ketika gempa

BANGKOK – Pengunjung sebuah hotel di Bangkok, Thailand berdepan detik cemas apabila air kolam renang berkocak kuat seperti ombak ketika mereka sedang bersantai semasa gempa bumi menggegarkan bandar itu, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan detik sepasang suami isteri sedang bersantai di atas pelampung di dalam sebuah kolam aras bumbung apabila gempa bumi berlaku.
Air kolam tersebut berkocak dengan kuat sehingga kelihatan seperti ombak bergelora di tengah laut ketika cuaca buruk.
Situasi bertambah cemas apabila gegaran semakin mengganas, menyebabkan salah seorang pengunjung nyaris dihanyutkan oleh air yang memercik ke bawah bangunan.
Pasangan itu berjaya keluar dari kolam dan cuba berpaut pada kerusi ketika bangunan tersebut bergoyang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kejadian berlaku ketika gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan Myanmar pada Jumaat lalu sehingga mengorbankan lebih 1,000 orang, manakala lebih 2,000 lagi cedera.
Gegaran turut dirasai di negara jirannya, Thailand. – AGENSI
Pasangan mandi kolam nyaris tercampak ke bawah bangunan ketika gempa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.