Harga beras Jepun naik RM123 untuk kampit 5 kilogram

Harga beras Jepun naik RM123 untuk kampit 5 kilogram

Harga beras Jepun naik RM123 untuk kampit 5 kilogram
GAMBAR fail beberapa kampit beras dijual di sebuah pasar raya di Tokyo. – Foto AFP

TOKYO – Harga beras di Jepun terus meningkat dan mencecah rekod baharu pada purata 4,172 yen (RM123) setiap lima kilogram, lapor agensi berita Kyodo semalam.

Menurut kerajaan, kumpulan pertama stok simpanan beras yang akan dikeluarkan dijangka berada di atas rak jualan kedai tidak lama lagi.

Harga purata beras yang dijual di pasar raya di seluruh negara antara 10 hingga 16 Mac lalu meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Ia dijangka meningkat untuk minggu ke-11 berturut-turut kepada paras tertinggi sejak pengumpulan data harga beras bermula pada Mac 2022.

Kerajaan berkata pada pertengahan Februari lalu bahawa pihaknya mengeluarkan sehingga 210,000 tan stok berasnya untuk memastikan pengagihan makanan ruji Jepun itu lancar dalam keadaan harga yang melambung tinggi.

Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan melelong kira-kira 142,000 tan stok simpanan beras antara 10 hingga 12 Mac lalu.

Persekutuan Persatuan Koperasi Pertanian Kebangsaan telah membeli 94 peratus daripada jumlah itu. – AGENSI

 

Harga beras Jepun naik RM123 untuk kampit 5 kilogram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker