Isu kuil: Polis cekup individu ugut bunuh Firdaus Wong
Isu kuil: Polis cekup individu ugut bunuh Firdaus Wong

PETALING JAYA: Individu dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong berkaitan isu pembinaan kuil telah ditahan polis pada Sabtu.
Ringkasan AI
Individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Firdaus Wong berkaitan isu pembinaan kuil telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Firdaus Wong membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh di Facebook susulan kenyataannya mengenai isu pembinaan kuil.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, suspek yang merupakan individu tempatan itu ditahan untuk siasatan lanjut.
“Saya sahkan ada tangkapan berkaitan kes ini dan satu kenyataan media akan dikeluarkan,” katanya pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas berkenaan membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh di Facebook (FB), susulan kenyataannya berkaitan isu pembinaan kuil. -Sinar Harian
Isu kuil: Polis cekup individu ugut bunuh Firdaus Wong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
You must be logged in to post a comment.