Penyanyi terkenal beli sebiji strawberi RM86
Penyanyi terkenal beli sebiji strawberi RM86

TOKYO – Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Demi Lovato menerima kecaman orang ramai kerana membeli sebiji strawberi pada harga 2,899 yen (RM86), lapor akhbar Daily Star.
Lovato membeli strawberi jenis Elly Amai yang dijual di rangkaian kedai runcit mewah, Erewhon, semasa melawat bandar Kyoto di Jepun baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platfom TikTok menunjukkan Lovato membuka kotak strawberi dan makan buah mahal itu. Dia turut mengulas mengenainya.
“Buah ini tidak berbau seperti strawberi lain. Ia juga tidak masam.
“Saya tidak suka strawberi masam tetapi buah ini tidak terlalu manis,” katanya dalam klip video itu.
Meskipun diberi ‘rating’ tinggi, Lovato menyifatkan buah itu tidak berbaloi untuk dibeli kerana harganya terlalu mahal.
“Dia (Lovato) bayar AS$20 untuk sebiji strawberi sedangkan saya bayar wang itu untuk membeli barang dapur,” kata seorang netizen.
“Demi Lovato banyak duit untuk dibazirkan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Penyanyi terkenal beli sebiji strawberi RM86
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.