Pengurus sumber manusia upah 22 kakitangan tidak wujud, songlap gaji

Pengurus sumber manusia upah 22 kakitangan tidak wujud, songlap gaji

Pengurus sumber manusia upah 22 kakitangan tidak wujud, songlap gaji
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

Shanghai: Pengurus sumber manusia sebuah syarikat teknologi di sini dijatuhi hukuman penjara kerana terbabit dalam penipuan jutaan dolar dengan mengupah puluhan kakitangan palsu dan mengambil gaji mereka.

Oddity Central melaporkan, Procuratorate Rakyat Daerah Minhang, Shanghai baru-baru ini mengeluarkan ‘Kertas Putih mengenai Pendakwaan Jenayah Berkaitan Kewajipan oleh Kakitangan Syarikat dan Perusahaan di Daerah Minhang’ yang memaparkan senarai kes jenayah berkaitan kewajipan membabitkan kakitangan perusahaan yang dikendalikan tahun ini, dan salah satunya menarik perhatian akhbar di seluruh negara.

Kegiatan pengurus dikenali sebagai Yang dihidu pada 2022 selepas seorang kakitangan di bahagian kewangan sebuah syarikat teknologi di Shanghai yang tidak dinamakan menemui sesuatu yang pelik.

Ia bermula selepas kakitangan itu mendapati nama Xiao Sun, seorang kakitangan yang kononnya berkhidmat dengan syarikat itu selama enam bulan dan mempunyai kehadiran sempurna, namun identitinya masih misteri.

Tiada siapa yang pernah melihatnya secara peribadi atau mengetahui apa-apa mengenainya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Siasatan lanjut membongkar penipuan yang didalangi oleh Yang.

Yang mula berkhidmat dengan syarikat pada 2014 dan bertanggungjawab ke atas penyelarasan serta pengurusan kakitangan yang dihantar ke pelbagai jabatan.

Dia mengambil kesempatan selepas menemui kelemahan dalam sistem pengambilan dan peletakan jawatan kakitangan yang sepenuhnya bergantung pada kelulusannya serta mengetahui siapa yang menyemak pembayaran gaji.

Bagi mengaburi kegiatannya, Yang ‘mengambil’ kakitangan baharu, menyediakan beberapa akaun bank, dan menghubungkan mereka dengan pembayaran gaji.

Selama lapan tahun, Yang mengupah 22 kakitangan yang tidak wujud, menggunakan nama seperti Xiao Sun, Xiao Li dan lain-lain, serta mengambil gaji bulanan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Hasil soal siasat, Yang mengaku mencuri kira-kira 16 juta yuan (kira-kira RM9.8 juta).

Yang berjaya membayar balik 1.1 juta yuan (kira-kira RM672,032) dan keluarganya juga menambah 1.2 juta yuan, namun jumlah itu masih tidak mencukupi berbanding jumlah yang ditipu sejak lapan tahun lalu.

Berikutan kesalahan itu, Yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dua bulan, kehilangan hak politik selama satu tahun dan didenda kerana penyelewengan.

Pengurus sumber manusia upah 22 kakitangan tidak wujud, songlap gaji

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker