Che Lodin bukan proksi Najib.
Che Lodin bukan proksi Najib.

Oleh: Zakariya Mohamad
Walaupun mempunyai kes prima facie pada peringkat awalnya, tetapi Najib dijangka memperolehi kemenangan.
Sekarang pelbagai bahan bukti dibawa ke mahkamah oleh Najib, namun segala keterangan itu terletak kepada Collin untuk membuat penilaian.
Keterangan Che Lodin di mahkamah setakat ini dapat membongkar segala yang terselindung menyebabkan Najib disalah tafsir tentang keadaan yang sebenarnya.
Che Lodin adalah saksi pendakwaan ke-12 bagi pihak Najib.
Sebagai saksi, beliau mempunyai pengalaman yang luas kerana pernah menjadi Pengerusi 1MDB daripada 2009 hingga 2016.
Sungguhpun demikian Che Lodin bukanlah proksi Najib.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Setakat ini Che Lodin telah beberapa kali membuat penafian tentang perkara tersebut.
Penafian itu dibuat sebagai menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar pada sesi pemeriksaan balas.
Pada prosiding minggu lepas, Che Lodin dirujuk oleh pendakwaan terhadap pernyataannya sebagai saksi.
Najib tidak pernah meminta Che Lodin menjadi proksi dalam 1MDB.
Dari segi hieraki, Che Lodin dinaikkan pangkat sebagai pengerusi syarikat pelaburan strategik negara setelah Mohd Bakke Salleh meletak jawatan pada Oktober 2009.
Che Lodin berkata, beliau mempunyai hubungan profesional dan formal dengan Najib.
Sebelum itu, mahkamah diberitahu bahawa 1MDB belum memberikan sebarang keputusan sama ada akan membenarkan dua bekas peguamnya untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes skandal penyelewengan dana RM2.3 bilion miliknya yang dihadapi Najib.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
Shafee Abdullah berkata, pihaknya sudah menulis surat kepada 1MDB berhubung hasrat pembelaan untuk memanggil bekas peguam syarikat itu, tetapi belum mendapat sebarang maklum balas.
Ekoran daripada itu, kata Shafee, pembelaan terpaksa meminta bantuan daripada pihak pendakwaan.
Mengikut laporan Malaysiakini, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib kemudian memaklumkan bahawa pihaknya sudah menerima sesalinan surat daripada Tetuan Shafee & Co dan merujuk surat berkenaan kepada 1MDB pada 18 Februari lepas.
Beliau berkata, 1MDB perlu mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah bagi mendapatkan “lampu hijau” daripada Pengerusinya, iaitu Datuk Johan Mahmood Merican.
Dalam prosiding sebelum ini, Mahkamah diberitahu, kebenaran itu perlu diperolehi terlebih dahulu kerana ia membabitkan kerahsiaan di antara pelanggan dan peguam.
Berikutan itu, Collin Lawrence Sequerah meminta kedua-dua belah pihak untuk memaklumkan perkembangan terkini berhubung saksi terbabit kepada mahkamah.
Collin Sequerah juga meminta pihak pembelaan untuk menyediakan saksi lain untuk dipanggil memberi keterangan supaya tidak membuang masa kes yang berlanjutan sejak enam tahun lepas – Zakariya Mohamad.
Che Lodin bukan proksi Najib.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA