Kebakaran hutan terbesar Jepun, kediaman penduduk terjejas di Iwate

Kebakaran hutan terbesar Jepun, kediaman penduduk terjejas di Iwate

Kebakaran hutan terbesar Jepun, kediaman penduduk terjejas di Iwate
Anggota bomba dari seluruh negara dan pesawat SDF terus berusaha memadamkan kebakaran selepas berjaya menghalang api daripada memasuki kawasan kediaman di Ofunato pada Ahad. – Foto REUTERS

MORIOKA: Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lalu meningkatkan ancaman terhadap kediaman penduduk.

Kebakaran di Ofunato, Wilayah Iwate memaksa penduduk berpindah sejak ia tercetus pada Rabu lalu sebelum merebak ke kawasan lebih luas mengunjur ke pantai Pasifik, lapor agensi berita Kyodo berdasarkan maklumat daripada kerajaan tempatan.

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berjanji dalam sesi parlimen untuk “menggerakkan sepenuhnya keupayaan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Diri (SDF) bagi mengelakkan kediaman penduduk terjejas.”

Anggota bomba dari seluruh negara dan pesawat SDF terus berusaha memadamkan kebakaran selepas berjaya menghalang api daripada memasuki kawasan kediaman di Ofunato pada Ahad.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana, kebakaran hutan ini adalah yang terbesar di Jepun sejak penghujung 1980-an.

Kebakaran hutan terbesar Jepun, kediaman penduduk terjejas di Iwate

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker