Pembahagian kerusi: MCA tidak melatah, BN sangat matang
SEREMBAN – Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA enggan terjebak terjebak dalam kontroversi pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mana-mana rakan komponen gabungan itu.
Sebaliknya, Presiden MCA, Datuk Seri Wa Ka Siong berkata, parti itu yakin isu tersebut pasti dapat diselesaikan dalam semangat mesyuarah BN yang telah dipraktikkan sekian lama sejak gabungan itu dikenali sebagai parti Perikatan.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, falsafah yang diterap telah melalui proses panjang dan terbukti gabungan itu sebagai parti yang dimiliki rakyat pelbagai kaum.
“Usah bimbang, kami sudah biasa berdepan dengan PRU. Sudah acap kali kita bincang tentang kerusi, dalam apa juga perbincangan, kami tidak mahu jadi seperti `menang sorak kampung tergadai’.
“Kami kena berwaspada dengan apa yang sebut di sini kerana akhirnya ia akan mengundang reaksi daripada pihak yang satu lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahun 2022 MCA Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus mengenai hasrat komponen BN supaya MCA menyerahkan kerusi yang ditandinginya dalam PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.
Antaranya kerusi Parlimen Tanjung Piai, Alor Gajah dan Alor Setar yang sebelum ini diserahkan kepada MCA.
Wee menarik perhatian, beliau mempunyai cukup pengalaman politik berkaitan isu pembahagian kerusi dan memilih untuk tidak bercakap mengenainya dalam khalayak ramai.
Jelasnya, perbincangan mengenainya adalah prerogatif pucuk kepemimpinan untuk membuat keputusan muktamad mengenainya.
“Kalau pun kami buat spekulasi pada akhirnya ia masih perlu dibincang oleh pucuk pimpinan secara mesyuarah.
“Dalam semangat adik-beradik, kami berbincang di peringkat pimpinan secara matang dan rasional dan akhirnya keputusan muktamad yang dibuat akan disokong bersama dalam semangat BN,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Wee berkata, beliau telah mengarahkan jentera pilihan raya MCA bersiap sedia dan bekerja keras bagi menghadapi PRU-15 walaupun ia tidak dilaksanakan serentak di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau tidak mahu situasi itu menjejaskan keazaman parti itu mencatatkan keputusan lebih baik dalam PRU kali ini.
“Sudah dua penggal MCA tidak ada wakil di peringkat negeri dan pusat dengan peluang sudah cukup diberikan kepada pembangkang untuk dinilai oleh rakyat,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.