Keldai kena paksa jadi kuda belang

Keldai kena paksa jadi kuda belang

Keldai kena paksa jadi kuda belang
Keldai yang dicat menjadi zebra mencetuskan kecaman terhadap perbuatan sebuah zoo di China. FOTO X/@KenMatthews

Beijing: Sebuah zoo di China menerima kecaman hebat selepas mengakui mengecat keldai dengan warna hitam dan putih supaya kelihatan seperti kuda belang dalam usaha menarik lebih ramai pelancong.

Portal NDTV melaporkan, taman hiburan di bandar Zibo, wilayah Shandong menjadi bahan perbualan di media sosial China selepas pengunjung menyedari sesuatu yang pelik pada ‘kuda belang’ berkenaan.

Dalam satu daripada gambar yang tular, seorang pekerja zoo dilihat berdiri di sebelah seekor keldai yang dicat dengan corak belang hitam dan putih di seluruh badan haiwan itu.

Ketika kontroversi semakin hangat, pihak zoo mengesahkan penggunaan pewarna tetapi menegaskan ia tidak beracun.

“Hanya melakukannya untuk suka-suka,” kata seorang kakitangan zoo.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?



Kakitangan zoo itu berkata, langkah sebuah zoo tempatan lain sebelum ini pernah mencetuskan perhatian dengan kakitangannya menjadikan seekor anjing sebagai panda dan tindakan sama adalah cubaan meniru strategi promosi berkenaan.

Insiden itu menyebabkan orang ramai menggesa supaya peraturan lebih ketat diperkenalkan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang lagi.

“Ia tidak adil untuk haiwan dan juga pengunjung,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi menambah: “Kenapa mesti di China lagi?”

Manakala seorang lagi memberi komen sinis: “Mereka pun apa kenalah buat kerja tak kemas.”

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


Ini bukan kali pertama zoo di China terbabit dalam taktik memperdayakan pengunjung.

Bulan lalu, sebuah zoo di Taizhou, wilayah Jiangsu, menimbulkan kontroversi selepas mendakwa memiliki harimau besar dan ganas, tetapi sebenarnya hanya mewarnakan dua ekor anjing dengan corak belang hitam dan oren.

Dalam siaran langsung di aplikasi Douyin (versi TikTok di China), zoo itu mempromosikan haiwan berkenaan.

Namun selepas video tular, pengguna media sosial menyedari haiwan dalam kandang kayu itu bukan harimau, tetapi anjing baka Chow Chow yang diwarnakan.

Zoo itu kemudian mengaku kepada media tempatan bahawa anjing dicat sebagai gimik promosi dan menegaskan pewarna yang digunakan tidak membahayakan kesihatan haiwan.

Keldai kena paksa jadi kuda belang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker