Korea Selatan larang ‘powerbank’ dalam ruang penyimpanan penerbangan domestik
Korea Selatan larang ‘powerbank’ dalam ruang penyimpanan penerbangan domestik
![Korea Selatan larang 'powerbank' dalam ruang penyimpanan penerbangan domestik](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/dfsfggg_1739497049.jpg)
SEOUL: Penumpang yang menaiki pesawat syarikat penerbangan Korea Selatan akan dilarang menyimpan bank kuasa mudah alih (powerbank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas tempat duduk mulai bulan depan, menurut kerajaan pada Khamis.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan mengumumkan piawaian keselamatan baharu bagi penggunaan bateri litium-ion dan rokok elektronik untuk syarikat penerbangan domestik, akan berkuat kuasa pada 1 Mac.
Kesemua langkah itu diperkenalkan sebagai tindak balas kepada kes kebakaran besar di atas pesawat Air Busan sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan bulan lepas.
Semasa penerbangan, bank kuasa dan rokok elektronik mesti diletakkan di dalam beg plastik lutsinar atau kantung pelindung dan harus disimpan di dalam poket tempat duduk atau poket kot, menurut kementerian itu.
Perubahan itu adalah langkah berjaga-jaga untuk menangani kebimbangan keselamatan awam mengenai risiko kebakaran berkaitan bateri di dalam pesawat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Sekali pun punca kebakaran belum ditentukan, tetapi beberapa penumpang dan anak kapal membuat andaian kemungkinan kebakaran itu bermula daripada bateri mudah alih atau barang lain yang berada di dalam ruang atas penyimpanan.
Selain itu, penumpang akan dilarang mengecas bank kuasa atau rokok elektronik menggunakan port ‘USB’ yang dipasang pada tempat duduk pesawat.
Peranti elektronik dengan bateri terbina dalam, seperti telefon mudah alih dan komputer riba tidak akan tertakluk kepada peraturan baharu, kerana ia mempunyai mekanisme pencegahan litar pintas.
Kementerian itu merancang untuk mengesyorkan agar peraturan yang dipertingkatkan itu turut digunakan untuk syarikat penerbangan asing pada masa hadapan.
Korea Selatan larang ‘powerbank’ dalam ruang penyimpanan penerbangan domestik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
You must be logged in to post a comment.