Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

DS Najib akan memfailkan tindakan hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, TS Ahmad Terrirudin.

Ia berkaitan isu titah adendum yang didakwa telah dihantar ke pejabatnya ketika menjawat jawatan itu.

Peguambela utama DS Najib, TS Shafee Abdullah berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan hina mahkamah itu selewat-lewatnya Jumaat ini (hari ini).

“Kita sudah dapat arahan daripada DS Najib supaya satu tindakan penghinaan mahkamah diambil terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin).”

“Dokumen berkaitan permohonan ini sudah siap cuma perlu masa untuk kami teliti sebelum fail sebelum Jumaat ini.”

“Tindakan ini juga kita ambil berdasarkan kenyataan perdana menteri sebelum ini.”

“Bahawa titah adendum telah diterima Pejabat Peguam Negara ketika itu.”

“Bekas AG kemudian serah titah tersebut kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) kini.”

“Pada pendapat kita, tindakan itu salah kerana titah adendum itu sudah menjadi satu dekri oleh YDPA.”

“Tindakan yang sepatutnya dilakukan adalah melaksanakan apa yang ada dalam adendum itu.”

“Dan bukan serah kepada YDPA kini kerana baginda tidak boleh bertindak sebagai pelaksana adendum itu.”

“Ahmad Terrirudin juga tidak bersikap jujur, telus dan bertanggungjawab.”

“Ketika prosiding kes berkaitan titah adendum di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh, perkara itu tidak disebut langsung sehingga adendum menjadi hear say.”

“Malah cabar kita untuk buktikan titah adendum itu benar-benar wujud dan bukannya sekadar dengar cakap sahaja.”

“Ini bukan soal litigasi biasa.”

“Sebaliknya kita sedang cakap tentang seorang mantan Peguam Negara.”

“Yang sepatutnya menjadi sumber keadilan buat kita semua,” tegas TS Shafee.

Pejabat Ketua Hakim Negara Wajar Merehatkan Ahmad Terrirudin Dari Jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan

 

Sekiranya mahkamah memberikan kebenaran atas permohonan pihak DS Najib, beliau akan menjadi mantan Peguam Nagara pertama yang akan diheret ke mahkamah.

Namun kerana jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan yang beliau pegang ketika ini, tidak dapat dielakkan, prosiding tersebut pasti akan mencalarkan kredibiliti badan kehakiman.

Bagaimana seorang hakim di Mahkamah Persekutuan boleh didakwa atas dakwaan menghina mahkamah.

Walau pun dakwaan itu adalah berdasarkan jawatan yang beliau pegang sebelum ini.

Sekiranya disabitkan kesalahan, dunia akan mempersoalkan, bagaimana seorang Peguam Negara yang kini menjadi hakim Mahkamah Persekutuan boleh melakukan kesalahan menghina mahkamah?

Untuk mengekalkan keyakinan umum terhadap badan kehakiman, maka Ahmad Terrirudin wajar direhatkan sementara menunggu kes tersebut selesai.

Biarlah beliau dilihat menghadapi pertuduhan atas kapasiti sebagai mantan Peguam Negara.

Dan bukannya atas kapasiti sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Keyakinan umum dan dunia ke atas sistem kehakiman negara, mesti dipertahankan.

 

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker