MFL ambil langkah elak stadium terus sepi
MFL ambil langkah elak stadium terus sepi
![MFL ambil langkah elak stadium terus sepi](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/pen_1739353688.jpg)
Kuala Lumpur: Penurunan jumlah penonton ke stadium bukanlah di sebabkan saingan Liga Super sudah hilang ‘auranya’ namun lebih kepada beberapa aspek tertentu hingga menyebabkan kekangan sekali gus sukar untuk orang ramai hadir ke venue menyaksikan perlawanan bola sepak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Giorgio Pompili Rossi antara faktor yang menyebabkan penurunan jumlah penyokong kerana perubahan kalendar liga musim ini, penutupan beberapa venue kelab untuk kerja naik taraf, keadaan cuaca, perlawanan yang tidak diadakan pada tarikh sesuai, dan beberapa faktor lain.
Beliau berkata, pihaknya melihat terdapat beberapa kelemahan yang perlu diselesaikan termasuklah melakukan penyusunan membabitkan kalendar perlawanan supaya lebih baik dan kompetitif pada musim depan.
“Kita mesti faham bahawa ini musim pertama selepas perubahan kalendar Liga Malaysia, yang bermula pada Mei tahun lalu.
“Beberapa masalah penjadualan timbul disebabkan perubahan saat akhir dalam pertandingan luar seperti Piala AFF.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
MFL juga terpaksa menyesuaikan jadual berdasarkan permintaan kelab disebabkan oleh ketersediaan venue, keadaan cuaca, dan komitmen antarabangsa.
“Saya berharap penyokong akan terus menunjukkan sokongan kepada kelab masing-masing dengan hadir ke perlawanan di stadium kerana peminat adalah teras kepada sukan ini,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Sebelum ini, Arena Metro melaporkan mengenai kehadiran penyokong ke stadium yang dilihat seperti Liga M sudah ‘mati’.
Perkara itu timbul susulan rekod kehadiran penyokong di setiap venue perlawanan khususnya Liga Super akhir-akhir ini cukup membimbangkan.
Antara punca yang menyebabkan masalah terbabit adalah saingan Liga M dilihat semakin tidak kompetitif dan ditambah terdapat pasukan terlalu dominan menyebabkan kualiti liga itu semakin suram sehingga membuatkan peminat mengambil langkah tidak hadir ke stadium.
Selain itu, Rossi juga meminta penyokong bola sepak tanah air terus memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dalam memastikan pasukan terbabit dapat bersaing dengan lebih kompetitif.
“Sokongan peminat sangat penting dalam memotivasikan pemain untuk bersaing, sambil turut menyumbang kepada pendapatan kelab,” katanya.
MFL ambil langkah elak stadium terus sepi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.