Mexico kerah 10,000 anggota kawal sempadan selepas perbincangan dengan Trump
Mexico kerah 10,000 anggota kawal sempadan selepas perbincangan dengan Trump
Mexico City: Presiden Mexico Claudia Sheinbaum mengesahkan bahawa 10,000 anggota Pengawal Kebangsaan mula dikerahkan di sepanjang sempadan sejauh 3,200 kilometer dengan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Langkah memperkukuh kawalan sempadan itu merupakan sebahagian daripada perjanjian yang dicapai sehari sebelumnya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi memerangi penyeludupan fentanyl serta membendung migrasi haram.
Dalam satu sidang media, Sheinbaum berkata pasukan keselamatan ditempatkan semula daripada kawasan dengan risiko rendah ke sempadan, namun menegaskan bahawa tindakan itu tidak akan menjejaskan keselamatan di bahagian lain negara.
Beliau turut memaklumkan bahawa dalam rundingan bersama Trump, mereka bersetuju menubuhkan kumpulan kerja bagi menangani isu keselamatan. Selain itu, Trump juga berjanji untuk menyiasat kemasukan senjata dari Amerika Syarikat ke Mexico.
“Kedua-dua pihak perlu bekerjasama agar perdagangan senjata dapat dikurangkan dan penyeludupan dadah dapat dibanteras,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Trump turut mengumumkan penangguhan rancangan mengenakan tarif tambahan 25 peratus terhadap import dari Mexico selama sebulan.
Pada Sabtu, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import dari Kanada dan Mexico.
Bagaimanapun, pada Isnin, beliau menangguhkan tindakan itu selama 30 hari selepas mencapai persetujuan saat akhir dengan kedua-dua negara bagi meneruskan rundingan lanjut.
Mexico kerah 10,000 anggota kawal sempadan selepas perbincangan dengan Trump
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.