Cari dulu pemain gred ‘A plus’ sebelum sembang Piala Dunia

Cari dulu pemain gred ‘A plus’ sebelum sembang Piala Dunia

Cari dulu pemain gred 'A plus' sebelum sembang Piala Dunia
AZLAN Johar. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya perlu mempunyai pemain gred ‘A plus’ jika mahu menjejakkan kaki ke pentas Piala Dunia dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.

Perkara itu ditekankan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yang melihat impian untuk melangkah ke Piala Dunia ketika itu tidak ubah seperti angan-angan Mat Jenin jika bersandarkan kepada pemain sedia ada.

Malah, beliau berkata, pemain gred A saja tidak mencukupi untuk membantu Malaysia layak beraksi di pentas tertinggi itu sekali gus menuntut kepimpinan baharu skuad Harimau Malaya bekerja keras mencari atau melahirkan pemain berkualiti dalam tempoh terdekat ini.

“Nak lahirkan pemain gred ‘A plus’ ini bukannya mudah kerana saya pernah menyertai kursus bersama kelab Chelsea dan mereka memaklumkan jika mahu melahirkan pemain seperti kapten England John Terry memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 pelapis bertaraf gred A.

“Pemain gred A mungkin mudah untuk cari namun ‘A plus’ atau bertaraf Piala Dunia boleh dikatakan agak mustahil untuk bawa mereka beraksi bersama skuad Harimau Malaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


“Jika bersandarkan kepada 22 pemain untuk skuad Harimau Malaya, kita memerlukan 200,000 pelapis gred A untuk dipilih mengisi posisi itu.

“Pada masa sama, persoalan juga timbul jika kita dapat mencari pemain kacukan gred ‘A plus’ di luar negara belum tentu mereka mahu mewakili Malaysia,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya Robert Friend menyimpan impian cukup tinggi apabila mahu membawa skuad kebangsaan ke pentas Piala Dunia.

Walaupun dilihat agak mustahil berdasarkan kepada kekuatan pasukan ketika ini, namun Friend melihat impian itu mampu dilaksanakan berdasarkan kepada strategi dan perancangan jangka panjang untuk skuad kebangsaan.

Beliau berkata, pembinaan asas kukuh buat pasukan kebangsaan cukup penting memandangkan ia adalah tunjang utama kepada revolusi skuad Harimau Malaya dalam mencipta kejayaan lebih gemilang di peringkat antarabangsa.

Mengikut rekod, ketika ini skuad Harimau Malaya hanya mempunyai seorang saja pemain gred A iaitu membabitkan Dion Cools yang kini beraksi untuk Buriram United.

Cari dulu pemain gred ‘A plus’ sebelum sembang Piala Dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker