Thailand gesa rakyatnya di Malaysia pulang bantu bangunkan negara sendiri
Thailand gesa rakyatnya di Malaysia pulang bantu bangunkan negara sendiri
NARATHIWAT: Kerajaan Thailand menggesa rakyatnya yang bekerja di Malaysia pulang dan memanfaatkan peluang pekerjaan yang kini tersedia di negara sendiri, kata Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham.
Beliau berkata sebelum ini ramai rakyat Thailand, terutamanya dari wilayah selatan seperti Narathiwat, Yala dan Pattani, berhijrah ke Malaysia untuk bekerja, terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan serta di restoran sebagai tukang masak atau pelayan kerana tawaran gaji yang lebih tinggi.
“Namun, dengan pemulihan ekonomi Thailand, kami berharap mereka kembali untuk membangunkan negara sendiri,” katanya kepada media Malaysia menerusi penterjemah bahasa semasa lawatan mereka di sini baru-baru ini.
Trakul berkata, kerajaan Thailand kini menawarkan pelbagai sokongan untuk menarik rakyatnya pulang, termasuk peluang dalam sektor pertanian seperti penanaman padi, durian dan getah.
Selain itu, katanya, kerajaan Thailand juga menumpukan kepada aspek keselamatan dan keamanan untuk memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
“Walaupun tawaran gaji mungkin tidak setinggi di Malaysia, kami yakin dengan bantuan kerajaan, mereka mampu hidup selesa di Thailand,” katanya. – BERNAMA
Thailand gesa rakyatnya di Malaysia pulang bantu bangunkan negara sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.