‘Black Widow’ mati dalam penjara
‘Black Widow’ mati dalam penjara
Tokyo: Banduan hukuman mati Jepun, digelar ‘Black Widow’ selepas menggunakan sianida untuk membunuh kekasih dan suaminya, meninggal dunia di pusat tahanan , pada usia 78 tahun.
Pegawai Kementerian Kehakiman mengesahkan kepada AFP, Chisako Kakehi meninggal dunia di sebuah hospital pada 26 Disember lalu.
“Kematiannya disahkan hospital selepas dia ditemukan terbaring di dalam selnya di pusat tahanan Osaka.
“Punca kematian masih belum dapat dipastikan,” katanya.
Media Jepun berkata, ia mungkin disebabkan penyakit yang tidak didedahkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Kakehi dijatuhi hukuman mati kerana membunuh tiga lelaki termasuk suaminya dan cubaan membunuh lelaki lain kira-kira sedekad lalu dalam kes yang menggemparkan Jepun.
Hukuman mati Kakehi dikekalkan pada 2021, dengan Hakim Mahkamah Agung, Yuko Miyazaki berkata, wanita itu menggunakan sianida pada lelaki itu selepas membuat mereka mempercayainya sebagai pasangan hidup.
“Ia adalah jenayah kejam yang dikira berdasarkan niat kuat untuk membunuh,” kata Miyazaki.
Kakehi dilaporkan mengumpul satu bilion yen (kira-kira RM28 juta) dalam pembayaran insurans dan warisan selama 10 tahun, tetapi kemudiannya kehilangan sebahagian besar wang melalui perdagangan kewangan yang tidak berjaya.
Dia mempunyai hubungan terutamanya dengan lelaki tua atau sakit dan bertemu beberapa melalui agensi temu janji, di mana dia dilaporkan menetapkan bakal pasangan harus kaya dan tidak mempunyai anak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Racun itu ditemukan dalam badan sekurang-kurangnya dua lelaki yang terbabit dengannya dan polis dilaporkan menemukan kesan sianida dalam sampah di rumahnya di Kyoto.
Kematian pasangannya tidak disiasat serta-merta kerana polis pada mulanya menentukan mereka meninggal dunia akibat penyakit, tanpa menjalankan bedah siasat.
Penahanan wanita itu dibuat selepas polis mendapati suami terbaharunya, Isao Kakehi, 75, meninggal dunia akibat keracunan sianida.
Polis kemudian mula meneliti kes terdahulu dan menemukan motif.
‘Black Widow’ mati dalam penjara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.