80 ‘syarikat’ scammer beroperasi secara terbuka
80 ‘syarikat’ scammer beroperasi secara terbuka
Ton Pheung: Kira-kira 80 ‘syarikat’ yang didalangi mafia dari China beroperasi secara terbuka mengendalikan pusat operasi sindiket penipuan dalam talian secara besar-besaran di Zon Ekonomi Khas Segi Tiga Emas (GTSEZ) di sini.
Perkara itu didedahkan Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Azirul Syafik Sazali dan katanya, selain rakyat Malaysia ditipu menerusi pelbagai modus operandi melalui media sosial atau aplikasi telefon pintar ada juga warga Malaysia ditipu untuk bekerja sebagai penipu.
“Saya tak kata sebahagian, saya kata kesemua sindiket yang beroperasi tidak kira di Myanmar, Kemboja, Vietnam, Filipina dan Laos semuanya didalangi warga China yang bermasalah dan mereka ini yang membuka pusat operasi scammer yang menjadikan warga Malaysia sebagai mangsa.
“Kenapa mereka memilih Golden Triangle? Kerana kawasan ini di bawah pentadbiran lantikan daripada China, jadi mudah untuk mereka (sindiket) berhubung malah kawasan GTSEZ walaupun terletak di Laos ia dikuasai hampir sepenuhnya oleh autoriti lantikan China.
“Baru-baru ini, pihak berkuasa China membuat sidang media bersama pengerusi GTSEZ kononnya akan membuat operasi besar-besaran bersama pihak berkuasa Laos untuk menyerbu pusat scammer yang beroperasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Malangnya sidang media itu sekadar ‘wayang’ semata-mata kerana hanya sejumlah kecil tali barut sindiket ditahan tetapi masih banyak lagi yang terus beroperasi secara terang-terangan,” katanya secara eksklusif kepada Harian Metro di sini, baru-baru ini.
Hakikatnya, menurutnya, boleh dikatakan hampir kesemua mangsa yang ditipu untuk bekerja berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia mengaku tidak sedar bahawa mereka sedang masuk ke dalam perangkap sindiket sehingga terlambat untuk melarikan diri.
“Pastinya bagi mereka yang cakna perihal isu semasa akan tertanya-tanya mengapa ramai golongan belia sanggup menerima tawaran bekerja di negara yang jauh lebih miskin daripada Malaysia sehingga akhirnya menjadi hamba sindiket penipuan dalam talian,” katanya.
Bagi merungkai persoalan ini wartawan Harian Metro, bersama pengasas Persatuan Kebajikan Ci Ai, Ven Shi Yun De dan pihak MHO bersama-sama pergi membuat tinjaun ke kawasan yang mendapat jolokan sebagai ‘Segi Tiga Emas’ itu kerana kedudukan sempadannya antara tiga negara iaitu Thailand-Laos-Myanmar yang hanya dipisahkan oleh Sungai Mekong.
Tinjauan Harian Metro di sepanjang sempadan di Segi Tiga Emas, di sini mendapati sesiapa sahaja boleh merentas sempadan dengan menaiki bot dari pintu masuk dari negara berkenaan untuk ke negara terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Keadaan ini boleh diumpakan seperti sempadan Malaysia-Thailand di mana penduduk tempatan hanya perlu menyeberang merentasi Sungai Golok untuk masuk ke negara jiran dengan mudah.
80 ‘syarikat’ scammer beroperasi secara terbuka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.