Chelsea akui kelebihan Liverpool
Chelsea akui kelebihan Liverpool
London: Enzo Maresca menegaskan kekalahan Chelsea di tangan Liverpool pada final Piala Liga tahun lalu menjadi bukti The Reds memiliki kelebihan berbanding Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Chelsea ketika ini berada di tangga kedua dengan 35 mata, empat mata di belakang pendahulu, Liverpool.
Chelsea akan berdepan Fulham dalam aksi derbi London Barat esok
Namun Maresca secara konsisten menafikan anak buahnya mampu menjadi pencabar kejuaraan memandangkan ia terlalu awal untuk pasukan mudanya itu.
Maresca menerima bahawa kedudukan mereka ketika ini memberi refleksi tepat mengenai kemampuan pasukannya namun tetap mengakui Liverpool ada kelebihan berbanding Chelsea.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Kita sudah menghampiri separuh musim di perlawanan ke-17, jadi mungkin ini sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai kemampuan pasukan ini dengan melihat di mana ia berada.
“Sudah tentu Liverpool menunjukkan aksi yang baik sejak hari pertama. Skuad mereka sudah berada dalam situasi di mana mereka memenangi trofi, jadi ini satu perkara yang penting.
“Saya pernah katakan sebelum ini ketika Liverpool menentang Chelsea pada final Piala Liga. Saya lihat jumlah perlawanan final yang pernah diharungi pemain Liverpool, ia perbezaan yang besar dengan pemain Chelsea.
“Ini menunjukkan anda perlukan pengalaman untuk menghadapi situasi ini, untuk terus meningkat dan lebih dekat (dengan kejuaraan) tetapi saya gembira di mana kami berada ketika ini,” tambahnya.
Chelsea akui kelebihan Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.