31 cedera kemalangan bas kereta di Filipina
31 cedera kemalangan bas kereta di Filipina
MANILA, 24 Dis (Bernama-Xinhua) – Tiga puluh satu orang, termasuk wanita warga emas dan kanak-kanak, cedera dalam kemalangan jalan raya pada pagi Selasa yang melibatkan sebuah bas kecil dan sebuah kereta di wilayah Pampanga, utara Manila, menurut polis, lapor Xinhua.
Kemalangan berlaku sekitar 9 pagi waktu tempatan apabila bas kecil itu hilang kawalan, berpusing dan melanggar sebuah kereta sebelum terbalik di bahagian berumput di tepi lebuh raya di Bandar San Fernando, kata polis. Kedua-dua kenderaan itu sedang menuju ke arah utara.
Polis memaklumkan mangsa yang cedera, termasuk seorang bayi berusia 10 bulan, dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Seorang saksi memberitahu televisyen tempatan bahawa mangsa berjaya keluar melalui bukaan di bahagian belakang bas, namun ramai penumpang bas mengalami luka di bahagian dahi dan anggota badan yang lain.
31 cedera kemalangan bas kereta di Filipina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.