Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Politik Sabah kini dilihat semakin panas.

2 perhimpunan dijangka akan dilakukan oleh 2 kumpulan yang bertentangan pada 31 Disember ini di lokasi yang sama.

Satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai kumpulan Bangkit Sabahan yang pro kepada kerajaan Sabah sekarang yang diterajui Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Kumpulan ini sudah pasti akan mempertahankan pemimpin GRS yang dipimpin oleh Hajiji.

Yang pasti, kumpulan Bangkit Sabahan sudah pastinya akan disertai oleh pemimpin politik dari pelbagai peringkat di Sabah.

Sementara kumpulan yang kedua pula menggelar diri mereka sebagai kumpulan Suara Mahasiswa UMS.

Mereka merancang untuk mengadakan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah.

Paling membimbangkan, kedua-dua kumpulan yang berbeza pendirian akan mengadakan perhimpunan di hari dan tempat yang sama, di Kota Kinabalu.

Kumpulan Suara Mahasiswa UMS menyeru supaya semua rakyat Sabah agar menyertai perhimpunan tersebut.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Sudirman Arsyad, ia adalah hak rakyat Sabah untuk menegakkan demokrasi di negeri Sabah.

Perhimpunan itu akan menyenaraikan beberapa tuntutan, termasuk peletakan jawatan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Dan supaya SPRM mempercepatkan siasatan berhubung skandal rasuah yang menggegarkan pentadbiran pimpinan GRS.

Perhimpunan berkenaan adalah sebagai membantah pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Sabah.

Ianya adalah kerana ketua menteri paling lama berkhidmat di negeri itu pernah dilibatkan dengan skandal rasuah yang besar.

Beliau mendakwa, penganjuran perhimpunan itu tidak didanai oleh mana-mana parti pembangkang untuk menjatuhkan pentadbiran Hajiji.

Jangan Ulangi Sejarah Perhimpunan Aman Yang Akhirnya Bertukar Menjadi Ganas

 

Apa yang membimbangkan adalah, akan tercetus aksi provokasi antara satu sama lain yang boleh membawa kepada keganasan.

Pastinya kita masih ingat lagi apa yang telah berlaku dalam perhimpunan reformasi.

Pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman tetapi telah bertukar menjadi perhimpunan yang ganas sehingga berani menentang pihak berkuasa.

Begitu juga perhimpinan BERSIH 1, 2 dan 3.

Bukan sekadar menyebabkan kerosakan yang menelan kerugian puluhan ribu ringgit, malah mencalarkan imej negara.

Kini rakyat sudah mula turun ke jalanraya untuk menunjukkan protes terhadap kepimpinan yang sedia ada.

Semakin lama ianya dibiarkan, dibimbangi kemarahan rakyat akan terus marak sehingga ianya sukar untuk dibendung.

Ingat, suara rakyat adalah kuasa keramat.

Apa solusi terbaik untuk itu?

Pulangkan semula mandat kepada rakyat untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri Sabah.

Jangan biarkan kemarahan semakin membarah di hati rakyat.

Sekiranya benar sebagaimana yang sering didakwa pemimpin bahawa rakyat adalah keutamaan mereka, maka inilah masa untuk membuktikannya.

 

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker