Rempuhan berdarah di pasar Krismas

Rempuhan berdarah di pasar Krismas

Rempuhan berdarah di pasar Krismas
KENDERAAN polis dan ambulans di lokasi kejadian sebuah kereta merempuh orang ramai di pasar Krismas. FOTO AFP

Magdeburg, Jerman: Polis menahan seorang lelaki Arab Saudi selepas merempuh orang ramai secara rambang di sebuah pasar Krismas pada Jumaat dengan memecut laju kereta dinaiki menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh.

Kejadian turut menyebabkan lebih 60 cedera, kata pasukan menyelamat di bandar timur Magdeburg yang terletak kira-kira 130 kilometer (80 batu) barat daya Berlin.

Suspek yang tidak dinamakan adalah seorang doktor perubatan berusia 50 tahun dari Arab Saudi yang tinggal di timur Saxony-Anhalt, kata ketua kerajaan wilayah Reiner Haseloff, ketika ditemui di tempat kejadian yang dikepung dan dikawal oleh komando polis.

“Kami sudah menahan pelakunya, seorang lelaki dari Arab Saudi, seorang doktor yang berada di Jerman sejak 2006.

“Daripada apa yang kami tahu pada masa ini dia adalah penyerang tunggal jadi kami tidak fikir ada bahaya lagi,” katanya kepada pemberita sambil menyifatkan serangan itu sebagai ‘malapetaka’ untuk bandar dan negara itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Polis berkata kenderaan itu dipandu ‘sekurang-kurangnya 400 meter melintasi pasar Krismas’ meninggalkan mangsa yang berlumuran darah di dataran dewan bandar di tengah-tengah pusat bandar itu.

Suasana di lokasi kejadian hiruk pikuk dan dipenuhi ambulans dan jentera bomba dengan mereka yang parah sedang dirawat di lokasi atau dibawa ke hospital.

Jeritan dan tangisan boleh didengar ketika sekitar 100 anggota polis, petugas perubatan, dan pegawai bomba dikerahkan ke pasar yang dihias dengan pokok Krismas dan lampu perayaan.

“Gambar-gambar itu yang diperoleh sangat mengerikan,” kata jurucakap bandar, Michael Reif.

Majalah mingguan Der Spiegel, memetik sumber keselamatan, berkata sebuah BMW hitam merempuh orang ramai pada kelajuan tinggi sejurus selepas jam 7 malam waktu tempatan (1800 GMT) ketika pasar itu dipenuhi dengan orang ramai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara


Haseloff berkata lelaki Arab Saudi telah memandu sebuah kereta sewa dengan nombor plat Munich ke pasar Krismas berkenaan.

Akhbar Die Welt melaporkan sebuah beg pakaian turut ditemui di tempat duduk penumpang, namun ‘belum jelas sama ada mungkin terdapat peranti letupan di dalamnya’, sambil menambah ‘pihak berkuasa belum menolak senario ini’.

Pentadbiran bandar Magdeburg dalam catatan Facebook berkata, 15 orang cedera parah, dengan 37 orang mengalami kecederaan serius dan 16 mengalami kecederaan ringan.

Canselor Jerman Olaf Scholz menerusi muat naik di X berkata, ‘laporan dari Magdeburg sangat menakutkan’.

“Kami bersama mangsa dan keluarga mereka. Kami berada di sisi mereka dan penduduk Magdeburg. Terima kasih saya ucapkan kepada petugas penyelamat yang berdedikasi pada waktu kecemasan ini.”

Scholz dijangka pergi ke bandar itu pada hari Sabtu, kata ketua kerajaan negeri itu.

Pembunuhan beramai-ramai berdarah itu mengimbas kembali serangan jihad 2016 yang mana seorang lelaki Tunisia yang memandu lori membunuh 12 orang di pasar Krismas di Berlin, serangan terburuk di negara itu pernah berlaku.

Rempuhan berdarah di pasar Krismas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker