Khianat punca 11 maut dalam kebakaran bar karaoke
Khianat punca 11 maut dalam kebakaran bar karaoke
Hanoi: Seramai 11 orang terkorban, manakala dua lagi cedera apabila sebuah bar karaoke di ibu negara terbakar semalam, dipercayai akibat perbuatan khianat.
Gambar dari tempat kejadian menunjukkan bangunan bertingkat yang menghitam di barat Hanoi, sebahagian besarnya musnah akibat api dan timbunan logam berpintal berselerak di kawasan berhampiran.
Polis berkata, mereka menerima laporan kebakaran pada 11 malam Rabu, dengan ramai orang terperangkap di dalam bangunan terbabit.
Anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian sebelum berjaya membawa keluar tujuh orang dalam keadaan hidup, dua daripadanya dikejarkan ke hospital, manakala 11 lagi ditemukan maut.
“Polis mengesyaki kafe itu (sengaja) dibakar dan sudah menahan pelakunya,” kata polis Hanoi dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Saksi berkata, kebakaran itu sangat besar sehingga tiada sesiapa berani cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan.
Balkoni bangunan itu ditutup dengan batang besi logam sekali gus menyukarkan pengunjung untuk melarikan diri.
Tran Duc Tuan memberitahu AFP, dia berlari keluar dari rumahnya dan melihat lima hingga enam motosikal terbakar dengan marak sekali gus menghalang pintu masuk ke bangunan itu.
“Kami melihat satu lampu kilat dari telefon bimbit di balkoni tingkat tiga… ketika itu kami tahu ada beberapa mangsa yang terselamat di dalam,” katanya.
Tuan memberitahu, penduduk berhampiran bermati-matian cuba memadamkan api, menyiram air ke atas api selama lebih sejam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
“Ini adalah kebakaran terbesar yang pernah saya saksikan… (dan) tiada langsung jalan keluar.
“Semua yang saya lihat sangat menyakitkan. Apabila (orang) diturunkan, saya melihat beberapa masih bernyawa tetapi kemudian ada beberapa mayat,” katanya.
Lebih 10 trak bomba dan ambulans memecut ke tempat kejadian, menurut media tempatan.
Kebakaran dilaporkan bermula di tingkat satu, sebelum merebak pantas ke seluruh bangunan.
Media kerajaan melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berhampiran menunjukkan seorang lelaki membawa baldi memasuki premis itu sebelum kebakaran berkenaan.
Polis mengesahkan, seorang suspek ditangkap pada tengah malam.
Kata polis, lelaki itu pergi ke bar karaoke untuk minum bir sebelum bertengkar dengan kakitangan.
“Dia kemudian didakwa membeli petrol dan menuangnya berhampiran kawasan yang mempunyai banyak motosikal, yang kemudian terbakar,” kata polis.
Khianat punca 11 maut dalam kebakaran bar karaoke
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.