Banyak penerbangan terjejas akibat gempa bumi di Vanuatu

Banyak penerbangan terjejas akibat gempa bumi di Vanuatu

Banyak penerbangan terjejas akibat gempa bumi di Vanuatu
Pasukan penyelamat dilihat berada di lokasi runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat melanda Port Vila, ibu kota Vanuatu, pada 17 Disember 2024. FOTO AFP

Sydney: Beberapa syarikat penerbangan terpaksa membatalkan atau mengubah haluan penerbangan berjadual ke dan dari Vanuatu selepas gempa bumi besar melanda ibu negaranya, Port Vila pada Selasa, menurut Xinhua.

Gempa bumi 7.3 pada skala Richter melanda Port Vila pada Selasa, menyebabkan ‘kemusnahan’ beberapa bangunan, termasuk sebuah misi diplomatik bersama dan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut.

Syarikat penerbangan nasional Australia, Qantas, mengalihkan penerbangan menuju Port Vila dari Brisbane, sebaliknya mengubah haluan ke ibu negara New Caledonia, Noumea, menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Qantas di laman sesawangnya menyatakan operasi sedang dinilai susulan gempa bumi berhampiran Port Vila dan akan memberikan kemas kini secepat mungkin.

“Berikutan gempa bumi di Vanuatu dan laporan kemungkinan infrastruktur Lapangan Terbang Port Vila musnah, penerbangan pulang kami antara Sydney dan Port Vila tidak akan beroperasi pada Rabu (18 Disember 2024),” menurut Jetstar Australia di laman sesawangnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara


Virgin Australia turut membatalkan penerbangan yang dijadualkan ke dan dari Port Vila pada Selasa dan Rabu, menurut maklumat penerbangan di laman sesawangnya. Syarikat penerbangan itu menasihatkan penumpang yang telah menempah penerbangan ke dan dari Vanuatu pada Selasa dan hari-hari berikutnya untuk memantau butiran penerbangan mereka dengan teliti.

Sementara itu, Fiji Airways terpaksa mengubah haluan sebuah pesawatnya ketika di udara kerana juruterbangnya gagal menghubungi lapangan terbang Port Vila untuk mendarat, menurut laporan ABC.

 

Banyak penerbangan terjejas akibat gempa bumi di Vanuatu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker