Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib

Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib

Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib

 

Sekiranya benar seperti apa yang didakwa oleh bekas ahli Dewan Negara, Mohamad Ezam Mohd Nor, ia adalah satu pelanggaran perlembagaan yang cukup serius.

Malah ianya boleh ditakrifkan sebagai menderhaka kepada institusi YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Dalam satu sidang media, Ezam Mohd. Nor mendakwa beliau telah menerima salinan perintah YDP Agong yang menitahkan pembebasan segera terhadap DS Najib.

Beliau mendakwa, salinan titah perintah itu diterima ketika beliau berada di kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 5 Disember lalu.

@ipk.tv1

Datuk Mohamad Ezam membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri dan Jemaah Menteri berhubung dokumen yang diperolehinya bertajuk PERINTAH PEMBEBASAN SEGERA Datuk Seri Najib Razak. Beliau semasa menunjukkan sebahagian daripada dokumen tersebut kepada sekumpulan wartawan yakin bahawa Perdana Menteri menyembunyikan sesuatu berkenaan dengan titah adendum yang terus menjadi teka-teki ketika ini. Video penuh boleh ditonton di FB IPK.TV Terima kasih

♬ original sound – IPK TV – IPK TV

Mohd Ezam mendakwa, titah perintah itu secara jelas mencatatkan pembebasan segera ke atas DS Najib.

Selain itu menurut Mohd Ezam, terdapat cop mohor kerajaan yang cukup jelas di dalam titah perintah tersebut.

Sebagaimana yang Mohd Ezam dakwa, sekiranya titah perintah tersebut adalah sahih, tidak berbangkit isu tahanan di rumah untuk DS Najib.

Kerana di dalam titah perintah tersebut secara jelas menyatakan pembebasan segera telah diberikan oleh YDP Agong.

Oleh itu, beliau dijangka akan membuat laporan polis agar siasatan secara tuntas dapat dilakukan dengan segera.

Bagi penulis sendiri, terdapat beberapa keraguan mengenai titah perintah yang Mohd Ezam maksudkan.

Mungkin salinan titah yang ada dalam simpanan Mohd Ezam sememangnya wujud, tetapi pembebasan segera adalah dalam konteks tahanan di rumah bukan pengampunan penuh.

Dan sekiranya benar dakwaan Mohd Ezam, sudah tentu Sultan Pahang akan serahkan titah pengampunan penuh dan bukannya titah adendum kepada Dato’ Nizar.

Namun begitu, kerajaan mesti menjawab dengan segera dakwaan Mohd Ezam kerana dalam isu ini, berdiam diri bukan pilihan.

Kita mahukan penjelasan mengenai dakwaan Mohd Ezam dan bukannya titah adendum.

 

Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker