Pemberontak kuasai sebahagian besar Aleppo
Pemberontak kuasai sebahagian besar Aleppo
Beirut: Pemberontak merampas lapangan terbang Aleppo dan berpuluh-puluh bandar berdekatan pada Sabtu selepas menguasai kebanyakan tempat di bandar kedua Syria itu, kata seorang pemantau perang.
Sekutu Damsyik, Moscow bertindak balas dengan serangan udara pertamanya ke atas Aleppo sejak 2016, ketika kumpulan pejuang dan sekutu mereka yang disokong Turkiye melancarkan serangan ‘kilat’ pada Rabu.
Dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Presiden Bashar al-Assad berikrar untuk mengalahkan “pengganas” walau sebesar mana pun serangan mereka.
Pertempuran itu membunuh sekurang-kurangnya 327 orang, kebanyakannya pejuang tetapi juga termasuk 44 orang awam, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
“Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dan puak bersekutu menguasai kebanyakan pusat bandar dan kerajaan serta penjara tanpa mendapat tentangan hebat,” kata pemantau perang yang berpangkalan di Britain itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
Mereka juga menawan lapangan terbang Aleppo selepas tentera kerajaan berundur, dan menguasai “berpuluh-puluh bandar strategik tanpa sebarang rintangan”, tambahnya.
Pemantau perang itu melaporkan tentera berundur dari bandar keempat terbesar Syria, Hama, sekitar 140 kilometer (km) selatan Aleppo, dalam menghadapi kemaraan pemberontak.
Tetapi sumber tentera yang dipetik oleh media kerajaan menafikan tentera berundur sambil menegaskan unitnya masih berada dalam kedudukan mereka di laluan pemberontak.
Di tengah-tengah Aleppo, seorang jurugambar AFP melihat pejuang pemberontak di luar kubu mercu tanda bandar itu.
Tentera mengesahkan bahawa pemberontak memasuki ‘bahagian besar’ di bandar yang dihuni kira-kira dua juta orang, sambil menambah bahawa ‘berpuluh-puluh lelaki dari angkatan tentera kami terbunuh dan yang lain cedera’.
HTS ialah pakatan jihad diketuai bekas cawangan Al-Qaeda Syria yang dengan sekutunya sudah lama mengawal kawasan pemberontak di wilayah Idlib di barat laut negara itu.
Pemberontak kuasai sebahagian besar Aleppo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.