Beberapa kereta tersangkut akibat banjir di Sepang
Beberapa kereta tersangkut akibat banjir di Sepang
Sepang: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat berlaku di persimpangan lampu isyarat Kiwa dari arah Cyberjaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke Bandar Baru Salak Tinggi di sini.
Kejadian turut menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap di dalam banjir dan mengalami kerosakan enjin.
Malah banjir turut mengakibatkan laluan dari Kota Warisan ke KLIA dan KLIA ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) berdepan kesesakan lalu lintas disebabkan penutupan sementara jalan.
Pihak polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang berkata, beberapa laluan ditutup membabitkan Kota Warisan ke BBST dan KLIA ke Kota Warisan.
Katanya, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dari arah Putrajaya melalui Tol Bandar Serenia.
Manakala dari arah Kota Warisan, pengguna boleh menggunakan laluan Depoh Ayamas untuk ke KLIA.
Beberapa kereta tersangkut akibat banjir di Sepang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.