Nova Widianto mahu lahirkan lebih ramai beregu campuran negara

Nova Widianto mahu lahirkan lebih ramai beregu campuran negara

Nova Widianto mahu lahirkan lebih ramai beregu campuran negara
Jurulatih beregu campuran baharu negara, Nova Widiato pada sesi latihan pemain badminton skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Kuala Lumpur: Jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto, tekad mahu melahirkan lebih ramai pasangan beregu campuran berkualiti, di sebalik pengakuannya mengenai jurang besar yang masih wujud antara pemain remaja dan senior khususnya dari segi konsisten serta kualiti permainan.

Nova, yang pernah membawa kejayaan besar ketika membimbing beregu campuran Indonesia, gembira dengan peningkatan pasangan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin selepas muncul naib juara di Masters China baru-baru ini namun, beliau menegaskan masih banyak kerja perlu dilakukan untuk membentuk gandingan mantap.

“Tahun depan, saya merancang untuk meningkatkan prestasi pemain remaja dan berharap dapat mengetengahkan empat pasangan utama yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Menurut Nova, fokus utamanya adalah membentuk lebih banyak pasangan kompetitif.

“Ketika ini, kita hanya ada dua pasangan beregu campuran yang benar-benar kompetitif iaitu Pang Ron-Su Yin dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan


Saya mahu melahirkan empat hingga lima pasangan yang mampu bersaing di peringkat tertinggi,” jelasnya.

Beliau turut mengakui pemain remaja masih bergelut untuk menunjukkan prestasi cemerlang, sama ada di kejohanan Siri Super atau Cabaran Antarabangsa.

“Mereka perlu lebih kuat secara mental. Kadang-kadang, mereka kurang bijak membuat keputusan dan mudah hilang fokus. Sebagai pemain muda, mereka sepatutnya lebih bertenaga. Saya mahu mereka bukan saja lebih konsisten, tetapi juga mampu menghadapi tekanan dengan baik,” katanya.

Nova turut melihat perkembangan positif dalam beregu campuran Malaysia, dengan persaingan sengit mula tercetus di antara pasangan utama negara dan pasangan profesional seperti Goh Soon Huat-Shevon Lai.

“Persaingan seperti ini bagus untuk meningkatkan kualiti badminton Malaysia. Jika kita ada tiga atau empat pasangan beregu campuran yang setaraf, ia akan membawa kebaikan kepada semua. Harapan saya adalah melihat lebih ramai pasangan muda muncul di pentas ini,” tambahnya.

Nova kini fokus untuk memastikan persaingan sihat ini diteruskan, sekali gus membentuk pasukan beregu campuran yang mampu membawa cabaran Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Nova Widianto mahu lahirkan lebih ramai beregu campuran negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker