Pemain United ‘keliru, takut’
Pemain United ‘keliru, takut’
Ipswich, United Kingdom: Ruben Amorim mengakui Manchester United ‘keliru’ dan ‘takut’ selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertamanya sejak dilantik pengurus baharu hanya berakhir seri 1-1 di Ipswich, awal pagi tadi.
Marcus Rashford meletakkan United di depan pada minit kedua tetapi rembatan Omari Hutchinson menyamakan kedudukan untuk Ipswich sebelum rehat sekali gus menafikan kemenangan Amorin yang menggantikan Erik ten Hag.
“Anda perlu menyimpan bola dan tahu momentum. Kami melakukan beberapa perkara pada masa tidak tepat dan kami perlu mengatasinya.
“Jika anda melihat pada babak pertama kami agak takut. Apabila tidak berlatih, kami ada dua hari. Mereka tampak agak keliru dan anda dapat berasakannya dalam data.”
Walaupun hanya memiliki dua hari untuk bekerja dengan keseluruhan skuad United selepas rehat antarabangsa, Amorin menggunakan formasi 3-4-3.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
Sistem itu membantu Sporting meraih dua gelaran Portugal dalam empat musim kendaliannya tetapi Amorim berkata, pemain United sedikit sukar membiasakan diri dengan sistem itu susulan kesuntukan masa.
“Ya, sukar dengan hanya dua hari. Semua orang bercakap 3-4-3 tetapi itu bukan kebimbangan utama. Sistem adalah sistem tetapi pemahaman mengenai perlawanan yang perlu kami lebih perbaiki dalam aspek ini,” katanya.
“Saya tahu ia sukar untuk sesetengah pemain. Kami ada dua cara. Kami hanya perlu cuba menang dan tidak tanggung sebarang risiko. Kemudian saya yakin pada peringkat ini tahun depan kami berdepan masalah sama.
“Kami hilang beberapa bola. Apabila anda bermula seperti ini dengan satu gol, anda perlu kawal tempo. Kami gagal melakukannya tetapi mereka benar-benar mencuba.
“Ia liga yang sukar. Pemain saya terlalu banyak berfikir ketika perlawanan. Anda boleh rasakannya. Bukan hanya dengan bola tetapi posisi mereka sepatutnya berada di atas padang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Amorim tiba dari Sporting Lisbon untuk memulihkan kelab yang sedang bergelut dan menduduki tangga ke-12 carta EPL itu.
Namun, dia tetap tertarik dengan kerja keras pemainnya ketika menentang kelab tiga tercorot Ipswich tetapi mengakui banyak lagi aspek perlu diperbaiki.
“Jadi, kami kini mengalami beberapa masalah tetapi kami perlu mencari idea baharu dan berusaha lebih baik pada peringkat sama tahun depan.”
Ditanya sama ada United mempunyai kekuatan untuk berjaya dalam EPL, Amorim menambah: “Pertama, mereka perlu faham perlawanan, kemudian fizikal mereka perlu lebih baik untuk menangani tekanan tinggi dan kami perlu fokus aspek ini. Mereka mahukan ini. Kadang-kadang mereka tak tahu bagaimana mencarinya dan itu yang dapat saya rasakan.”
Pemain United ‘keliru, takut’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
- Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.