Hamilton tetap pandu jentera Mercedes pada tiga saingan terakhir

Hamilton tetap pandu jentera Mercedes pada tiga saingan terakhir

Hamilton tetap pandu jentera Mercedes pada tiga saingan terakhir
HAMILTON tidak tamatkan aksi awal bersama Mercedes. FOTO Reuters

London: Lewis Hamilton akan berlumba dalam tiga perlumbaan terakhirnya bersama Mercedes sebelum berpindah ke Ferrari musim depan.

Juara dunia tujuh kali itu mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya selepas memberikan komen di Grand Prix (GP) Brazil awal bulan ini.

Walaupun begitu, pemandu Britain berusia 39 tahun itu menjalani persiapan seperti biasa di simulator Mercedes menjelang GP Las Vegas.



Mercedes turut mengesahkan bahawa Hamilton akan menghadiri sidang media pra-perlumbaan pada hari Rabu, selaras dengan komitmen rutinnya.

Hamilton mengalami salah satu prestasi terburuk dalam karier cemerlangnya di Brazil, menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Dalam komunikasi radio selepas perlumbaan, dia menyatakan kekecewaannya: “Ini adalah hujung minggu yang teruk, semua. Jentera ini berada pada tahap paling teruk. Terima kasih kerana mencuba, dan kerja hebat untuk semua orang di pitstop.

“Jika ini kali terakhir saya berlumba, ia mengecewakan kerana tidak berjaya, tetapi saya tetap bersyukur.”



Komen itu mencetuskan khabar angin bahawa Hamilton mungkin menamatkan kerjayanya di Mercedes lebih awal.

Hamilton tetap pandu jentera Mercedes pada tiga saingan terakhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker