Rakan rapat dedah Nistelrooy kecewa tinggalkan United

Rakan rapat dedah Nistelrooy kecewa tinggalkan United

Rakan rapat dedah Nistelrooy kecewa tinggalkan United
NISTELROOY berjaya pacu kebangkitan United walaupun dalam tempoh singkat. FOTO Reuters

London: Ruud van Nistelrooy berasa sangat kecewa selepas penyingkirannya dari Manchester United minggu lalu, menurut laporan, semalam.

Bekas penyerang Red Devils Van Nistelrooy dilantik pengurus sementara selepas pemecatan Erik ten Hag bulan lalu tetapi menunjukkan kemampuan apabila skuadnya bangkit dengan menang tiga kali seri sekali dalam tempoh singkat.

Dia menamatkan tugas dengan kemenangan 3-0 ke atas Leicester Ahad lalu dan menegaskan hasratnya untuk kekal di Old Trafford walaupun masa depannya tidak dapat dipastikan.



Namun pengurus baharu Ruben Amorim yang tiba di Manchester membuat keputusan enggan mengekalkan Nisterlrooy dan mengekalkan stafnya sendiri menjelang aksi pertama menentang Ipswich pada 24 November.

Bekas pertahanan Blackburn dan Belanda Andre Ooijer yang menjadi staf sokongan Van Nistelrooy di PSV Eindhoven dan mendedahkan kekecewaan rakan rapatnya itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 



Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Menurut Ooijer kepada The Mirror: “Ruud mahu kekal sebagai pembantu. Dia akan bercakap sesuatu jika dia tidak berminat bekerja dengan Amorim.

“Ruud berpeluang menjadi pengurus atau ketua jurulatih di kelab lain tetapi mengetepikan peluang itu kerana mahu bekerja di kelab paling disayanginya.



“Jangan lupa Ruud menjalankan tugas dengan sangat baik di United, seri dengan Chelsea dan menang empat aksi yang lain. Anda boleh beritahu penyolong, mereka sangat menyukainya berdasarkan reaksi selepas tamat perlawanan.

“Dia melakukannya dengan cemerlang walaupun berdepan kesukaran dan kekal tanpa kalah sebagai pengurus. Jika Amorim gagal meneruskan momentun United, penyokong akan menggesa Ruud dipanggil semula.”

Dalam ucapan perpisahannya di media sosial, Nistelrooy yang berusia 48 tahun itu jelas sangat menyayangi pasukan dan penyokong United.

“Ia atu penghormatan untuk mewakili kelab ini sebagai pemain, jurulatih, dan pengurus, dan saya akan sentiasa menghargai kenangan yang kita kongsi bersama.



“Man United akan sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati saya, dan saya berharap akan ada lebih banyak lagi kegemilangan di Old Trafford tidak lama lagi – bukan sahaja kerana saya mahu kelab ini berjaya, tetapi kerana anda semua layak meraihnya. Semoga berjaya dan jaga diri,” katanya.

Rakan rapat dedah Nistelrooy kecewa tinggalkan United

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker