Lelaki sembelih, makan anjing peliharaan

Lelaki sembelih, makan anjing peliharaan

Lelaki sembelih, makan anjing peliharaan
LELAKI itu didakwa mengambil anjing untuk dipelihara dan kemudiannya menyembelih dan memakan haiwan itu. FOTO Yayasan Pemerhati Thailand

Bangkok: Mengejutkan apabila seorang lelaki di wilayah Chiang Rai, Thailand, yang gemar mengambil anjing untuk dipelihara, namun sebenarnya menyembelih dan memakan haiwan itu.

Ia didedahkan oleh Yayasan Pemerhati Thailand, baru-baru ini.

The Nation melaporkan, kes itu terbongkar apabila seekor anjing bernama Sushi diambil untuk dipelihara oleh pemuda berkenaan.

Sebaliknya lelaki itu yang dikenali sebagai Ache Wuyi itu menyembelih haiwan berkenaan.

Menurut yayasan berkenaan, nasib Sushi sama dengan beberapa anjing lain yang dipelihara lelaki terbabit, iaitu Bear, Lucky dan Sumo.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hakim Sekolahkan Badan Peguam Malaysia


Apabila yayasan itu menerima laporan mengenai aktiviti Wuyi, ia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat perkara berkenaan.

Polis daerah Mae Chan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Kiatisuk Chitrprasan menyoal siasat Wuyi yang kemudian mengaku membunuh dan memakan anjing terbabit.

Wuyi mendakwa, dia mengambil anjing itu untuk dipelihara tetapi kemudian membunuh dan memakannya kerana masalah tingkah laku haiwan itu dan kesukaran untuk menempatkan semula haiwan berkenaan dengan tuan lain.

Bagaimanapun, tindakannya mencetuskan kemarahan sehingga membawa kepada gesaan untuk undang-undang kebajikan haiwan yang lebih ketat di Thailand.

Menurut The Nation, Wuyi didakwa atas kesalahan melakukan kekejaman terhadap haiwan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, dan denda maksimum 40,000 baht (kira-kira RM5,137).

Lelaki sembelih, makan anjing peliharaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker