Bekas pengurus kanan direman 4 hari, subahat tuntutan palsu RM2 juta
Bekas pengurus kanan direman 4 hari, subahat tuntutan palsu RM2 juta
PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas direman empat hari sehingga Sabtu ini kerana disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu dan penipuan bernilai kira-kira RM2 juta.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
“Siasatan awal mendapati, suspek melakukan kesalahan terbabit pada tahun 2019 sehingga tahun ini. Suspek disyaki terbabit dan bersubahat memohon serta meluluskan tuntutan palsu syarikat kenalan bagi menjalankan kerja pembaikan serta menyeleweng wang syarikat dengan memberikan maklumat dalaman kepada syarikat kenalan itu mengenai harga pembida syarikat lain.
“Suspek juga dipercayai menipu syarikat tempat dia bekerja dengan menyalurkan maklumat mengenai keperluan perolehan kerja pembaikan mesin pengeluaran barangan asas membabitkan jumlah kira-kira RM2 juta,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Bekas pengurus kanan direman 4 hari, subahat tuntutan palsu RM2 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.