Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

Kedudukan seseorang pemimpin politik di dalam hierarki sesebuah parti politik adalah bergantung kepada sokongan yang beliau terima dari pemimpin dan ahli parti tersebut.

Dan berdasarkan kepada hierarki beliau di dalam parti, ianya akan menjadi pertimbangan utama untuk beliau mengisi jawatan di dalam kabinet.

Itu pun sekiranya parti yang beliau anggotai itu berjaya membentuk kerajaan atau menjadi sebahagian dari anggota kerajaan campuran.

Seorang ahli Dewan Rakyat yang tidak mempunyai hierarki kanan dalam parti atau telah ditolak oleh parti sendiri, biasanya tidak akan dipertimbangkan sebarang jawatan dalam kabinet.

Kerana secara asasnya, beliau tidak mempunyai dasar moral untuk menjadi pemimpin kanan negara.

Memang ianya tidak ada di dalam perlembagaan, tetapi itulah amalan biasa di dalam demokrasi.

Keputusan pemilihan DAP Selangor baru-baru ini telah mencipta kejutan.

Pemimpin kanan DAP yang juga merupakan salah seorang anggota kabinet, Gobind Singh Deo telah menerima kejutan apabila gagal mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Selangor.

Malah beliau gagal menempatkan diri sebagai salah seorang daripada 15 ahli jawatankuasa DAP Selangor.

Mesej yang diberikan oleh ahli DAP Selangor adalah sangat jelas, Gobind telah mereka tolak secara total.

Mereka mahukan kepimpinan baharu menerajui DAP Selangor.

Benar seperti yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP pusat, Anthony Loke, Gobind masih lagi menjadi Timbalan Pengerusi DAP pusat.

Benar, dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) pada Kongres Kebangsaan Ke-17, Gobind mendapat undi tertinggi.

Tetapi itu adalah pemilihan pada bilan Mac 2022, lebih dua setengah tahun yang lalu.

Bukankah politik itu bersifat dinamik dan sokongan serta kepercayaan akar umbi boleh berubah mengikut keadaan.

Kita bukan lagi bercakap mengenai senario politik tahun 2022, tetapi kita bercakap mengenai senario politik tahun 2024.

Mungkin pada tahun  2022, Gobind mendapat sokongan dan kepercayaan dari ahli dan pemimpin DAP.

Tetapi adakah ianya masih kekal sehingga ke hari ini?

 

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker