Skandal rasuah berhubung Tentera Laut AS: Kontraktor Malaysia dijel 15 tahun
Skandal rasuah berhubung Tentera Laut AS: Kontraktor Malaysia dijel 15 tahun
Los Angeles: Leonard Francis, kontraktor dalam sektor ketenteraan dari Malaysia, dikenali ‘Fat Leonard’ dipenjara 15 tahun pada Selasa kerana terbabit dalam skandal rasuah membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
Francis, 60, juga diperintahkan membayar ganti rugi AS$20 juta (kira-kira RM88.2 juta) kepada Tentera Laut AS oleh hakim persekutuan di San Diego.
Lelaki itu juga perlu memulangkan keuntungan AS$35 juta (kira-kira RM147.8 juta) yang diperoleh secara haram, kata pejabat Pendakwa Raya AS untuk daerah selatan California dalam satu kenyataan.
Francis yang mengendalikan syarikat kontrak tentera, Glenn Defense Marine Asia, ditangkap pada 2013.
Dia mengaku bersalah pada 2015 kerana menawarkan rasuah kepada pegawai tentera laut untuk mengarahkan kerja ke limbungan kapalnya di pelabuhan di Asia Pasifik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?
- Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?
Lelaki itu kemudian mengenakan bayaran berlebihan kepada Tentera Laut AS sehingga AS$35 juta (kira-kira RM147.8 juta) .
Menurut dokumen mahkamah, Francis menyerahkan lebih AS$500,000 (kira-kira RM2.2 juta) dalam bentuk rasuah wang tunai dan menyediakan pelacur, perjalanan kelas pertama, penginapan hotel mewah dan makanan mewah kepada pegawai tentera laut, bersama dengan hadiah mahal seperti beg tangan berjenama dan jam tangan.
Dia dijadualkan untuk dijatuhkan hukuman pada September 2022, namun dia memotong gelang buku lali yang mempunyai GPS yang dipakainya ketika dalam tahanan rumah dan melarikan diri ke Venezuela.
Dia diekstradisi ke AS dari Venezuela pada Disember 2023 dalam pertukaran tahanan antara kedua-dua negara.
Skandal rasuah berhubung Tentera Laut AS: Kontraktor Malaysia dijel 15 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
You must be logged in to post a comment.