Perak FC ikat PDRM di Selayang

Perak FC ikat PDRM di Selayang

Perak FC ikat PDRM di Selayang
PDRM FC lakar keputusan seri buat kali keempat. -FOTO FB PDRM FC

Kuala Lumpur: PDRM FC seri buat kali keempat berturut-turut selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi.

Ini menyaksikan skuad bimbingan P Maniam sekadar mengutip empat mata daripada empat perlawanan terakhir selepas terikat dengan keputusan 1-1 menentang Terengganu FC (TFC), Selangor FC (SFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Perak FC lebih banyak menekan PDRM FC di awal permainan namun tidak banyak aksi menarik dapat disaksikan pada babak pertama dengan percubaan Luka Milunovic pada minit ke-16 tersasar tinggi melewati palang PDRM FC.

Peluang terbaik PDRM FC hadir pada minit ke-22 menerusi sepakan percuma kapten, Faith Friday Obilor yang diselamatkan penjaga gol Perak FC, Muhammad Haziq Nadzli.

Bryan See memastikan PDRM FC kekal tidak bolos apabila menepis percubaan leret Clayton da Silva pada minit ke-29 dan kedudukan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


Bryan terus menyelamatkan gawang PDRM FC apabila menumbuk keluar percubaan terus Tommy Mawat Bada daripada sepakan percuma tiga minit selepas babak kedua bersambung.

Meskipun jarang mengancam gawang Perak FC namun PDRM FC mendahului selepas hantaran lintang Mohd Safiee Ahmad disudahkan menerusi tandukan deras Aremu Timothy untuk kedudukan 1-0 pada minit ke-55.

Perak FC bagaimanapun mengikat kedudukan menerusi sepakan percuma kapten Perak FC, Luciano Guaycochea yang terus menerjah gawang PDRM FC menewaskan Bryan pada minit ke-67.

Tiada tambahan jaringan dapat disaksikan sehingga wisel penamat dibunyikan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Perak FC ikat PDRM di Selayang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker