Super Kip kecewa, semua tidak seperti yang diharapkan

Super Kip kecewa, semua tidak seperti yang diharapkan

Super Kip kecewa, semua tidak seperti yang diharapkan
KHAIRUL Idham ketika sesi latihan Moto2 pada saingan GP Malaysia Petronas 2024 di SIC. -FOTO Asyraf Hamzah

Sepang: Pelumba ‘wildcard’ Moto2 negara, Khairul Idham Pawi mengakui penampilan semulanya bersama jentera Moto2 di Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini tidak seperti yang dibayangkan.

Menurut pelumba kelahiran Perak yang beraksi bersama pasukan PETRONAS MIE Racing RW itu, sekalipun dia pernah berlumba sepenuh musim di pentas Moto2 pada 2017 hingga 2019, pengalaman itu tidak dapat dimanfaatkan.

“Saya benar-benar bergelut terutama pada sesi sebelah pagi kerana saya sudah terlupa bagaimana untuk menunggang jentera Moto2 selepas sudah tidak lama menunggangnya,” katanya.

“Saya rasa seperti pelumba yang baharu menunggang jentera Moto2 sekali lagi.”

Selepas mencatatkan masa tercorot dalam kalangan 32 pelumba pada sesi latihan bebas satu di sebelah pagi, pelumba dengan julukan Super KIP itu sekali lagi menghuni kedudukan sama pada sesi latihan dua di sebelah petang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?

 

Sementara itu, seorang lagi pelumba wildcard negara, Helmi Azman berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan hari ini.

“Saya merasa lebih selesa dengan jentera tahun ini berbanding tahun lalu dan saya mampu untuk mengerahnya dengan lebih kuat,” kata Helmi yang melakukan catatan ke-29 terpantas pada kedua-dua sesi.

“Saya agak gembira dengan catatan masa yang saya buat kerana saya lebih laju berbanding tahun lali sekalipun pada sesi pertama. Saya akan bekerja lebih keras dan berharap untuk merapatkan jurang dengan pelumba di hadapan.”

Super Kip kecewa, semua tidak seperti yang diharapkan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker