Slot masih belajar mengenali Liverpool
Slot masih belajar mengenali Liverpool
London: Arne Slot berkata dia belajar lebih banyak mengenai Liverpool setiap hari ketika dia merancang memburu empat trofi pada musim pertamanya sebagai pengurus.
Liverpool akan menentang Brighton esok, kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana (EPL), Manchester City, bermula dengan cemerlang di Liga Juara-Juara dan melayakkan diri ke suku akhir Piala Liga.
Secara keseluruhan mereka memenangi 12 daripada 14 perlawanan dalam semua pertandingan, dengan hanya satu kekalahan dan satu seri.
Slot yang menggantikan Jurgen Klopp, ditanya pada sidang media pra-perlawanan tentang apa yang dipelajarinya mengenai kemampuan skuadnya untuk bersaing merebut empat trofi yang ditawarkan.
“Anda belajar setiap hari, terutama jika anda baru bersama pasukan seperti saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
“Kemudian anda belajar setiap hari daripada situasi baru dan seperti yang saya katakan sebelum ini, perlawanan menentang Chelsea (kemenangan 2-1) adalah sesuatu yang saya pelajari daripada mereka, bahawa mereka mampu bertahan dengan baik dan mempertahankan kelebihan.
“Cara mereka bangkit semula ketika menentang Arsenal (seri 2-2) cukup positif, dan jumlah perlawanan yang kami perlu mainkan, dan mereka masih mampu hadir serta bermain bola sepak yang baik, itu juga sesuatu yang anda dapat lihat,” katanya.
Slot, berkata pemain simpanannya mencetuskan impak positif dalam kemenangan 3-2 ke atas Brighton pada pusingan keempat Piala Liga, semalam.
“Kami akan memerlukan mereka sepanjang musim.
“Jadi bagus untuk melihat bahawa mereka sudah berada pada tahap yang diperlukan untuk bermain bagi kami,” katanya.
Slot masih belajar mengenali Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.