PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia
PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia
Amalan demokrasi yang diamalkan di seluruh dunia adalah pihak yang memiliki majoriti akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Pihak minoriti akan mengiktiraf kemenangan yang diperolehi oleh pihak majoriti dan pihak majoriti pula tetap akan memberikan layanan yang adil kepada pihak minoriti.
Itu adalah amalan demokrasi yang di terima pakai bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.
Tetapi pemilihan Ketua Armada PPBM yang diadakan baru-baru ini telah mencipta formula songsang demokrasi mengikut acuan mereka.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Akmal Zahin Zainal Zahir dilaporkan memenangi jawatan Ketua Armada PPBM.
Sejurus berita mengenai kemenangan Zahin tersebar, jemputan untuk sambutan kemenangan dikongsikan dalam kumpulan Whatsapp Penerangan Media PN.
Namun, menariknya, sambutan meraikan Ketua Armada PPBM yang baru pada jam 5 petang itu adalah untuk Hilman dan bukan Zahin.
Jemputan tersebut menyatakan bahawa keputusan tidak rasmi membuktikan Hilman memenangi jawatan Ketua Armada PPBM.
Hilman adalah pencabar Zahin dalam perebutan Ketua Armada PPBM.
Dalam artikata lain, walau pun Zahin mengatasi Hilman dengan 76 undi, namun Hilman tetap diangkat sebagai pemenang.
Malah ada pemimpin PPBM mengesahkan bahawa walau pun ianya belum rasmi, Zahin sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang.
Ada antara kawan-kawan yang mempersoalkan sistem demokrasi apa yang diamalkan oleh PPBM.
Yang kalah diisytiharkan menang dan yang menang diisytiharkan kalah.
Bagi penulis, amalah songsang demokrasi acuan PPBM sebenarnya sudah lama diamalkan oleh mereka.
Masih ingat ketika Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan pusat selepas PRU 14?
Walau pun PPBM adalah parti komponen yang memiliki kerusi paling sedikit di kalangan Pakatan Harapan dalam Dewan Rakyat, tetapi pengerusi mereka menjadi perdana menteri.
Tradisi itu diteruskan selepas kejatuhan Pakatan Harapan dalam Langkah Sheraton.
Sekali lagi, walau pun bilangan ahli parlimen mereka lebih sedikit dari Barisan Nasional, mereka tetap mahu menjadi perdana menteri.
Jadi, apa hendak dihairankan.
PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia
Di Syorkan Untuk Anda:
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
You must be logged in to post a comment.