Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah

Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah

Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah

 

Permohonan maaf bekas perdana menteri, DS Najib, kepada rakyat Malaysia berkaitan skandal 1MDB terus mendapat pelbagai respon.

UMNO melalui Setiausaha Agung parti tersebut, Dr Asyraf Wajdi, UMNO menyambut baik permohonan maaf tersebut.



Dalam kenyataannya, UMNO menyifatkan permohonan maaf tersebut sebagai bukti bahawa DS Najib adalah pemimpin yang berjiwa besar.

DS Najib meminta maaf bukan kerana beliau turut terlibat dalam skandal tersebut.

Tetapi kerana kegagalan beliau untuk membuat keputusan yang betul untuk menghalangnya dari berlaku.

Senada dengan Dr Asyraf Wajdi, Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy berkata, permohonan maaf DS Najib bukanlah untuk mengakui beliau terlibat dalam skandal 1MDB.



Tetapi ianya sebagai tanggungjawab sosial kerana skandal itu berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tetapi yang menarik perhatian kita adalah kenyataan yang di buat oleh Ketua Penerangan parti nyamuk PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Menurut beliau, permintaan maaf DS Najib boleh diterima, tetapi dengan beberapa syarat.

Pertama, DS Najib perlu menamakan kesemua pegawai, jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.



Kedua, tidak kira pangkat atau status.

Individu yang menyatakan pernah berjumpa Raja Arab atau tahu mengenai derma Arab juga mesti dinamakan kerana turut bersubahat.

Ketiga, DS Najib mesti menjelaskan mengapa Peguam Negara ketika itu, Ghni Patail, digantikan dengan Mohamed Apandi Ali.

Keempat, mengapakah Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB terdiri daripada Peguam Negara, SPRM dan PDRM ditamatkan tanpa alasan munasabah.



Jawapan Kepada Parti Nyamuk PEJUANG

 

Bulan Oktober 2021, DS Najib telah membuat laporan SPRM terhadap bekas pengurus kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan kes 1MDB.

Tujuan laporan dibuat adalah supaya Mahkamah Amerika Syarikat menyerahkan senarai nama yang telah Tim Leissner sogok.

Tetapi DOJ Amerika Syarikat telah menghalang keputusan Mahkamah Amerika Syarikat yang pada mulanya sudah bersetuju.



Syarikat guaman Brahman and Associates yang mewakili Roger Ng pernah menyatakan bahawa senarai nama tersebut adalah bukti exculpatory evidence (bukti dalam perbicaraan jenayah).

Senarai tersebut boleh membersihkan nama DS Najib sebagai terlibat dalam penipuan skandal 1MDB.

Sebagai peguam, sepatutnya Rafique tanya DOJ kenapa mereka halang senarai tersebut.

Mengenai persoalan kedua dari parti nyamuk PEJUANG, mereka mahu supaya semua yang pergi berjumpa kerabat Arab Saudi didakwa.



Alasannya kerana mereka menipu.

 

Apakah parti nyamuk PEJUANG tidak mahu dakwa Menteri Luar Arab Saudi yang telah mengesahkan derma tersebut.

Untuk persoalan ketiga dan keempat, kita jawab pertanyaan parti nyamuk Pejuang dengan soalan.

Siapakah yang mempunyai mandat untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat?

Adakah Peguam Negara bersama 5 Tan Sri yang lain mempunyai mendat tersebut?

Parti nyamuk PEJUANG adalah parti yang tidak mempunyai sebarang kerusi sama ada di peringkat DUN, apa lagi Dewan Rakyat.

Malah kesemua calon mereka bukan sahaja kalah, tetapi hilang duit deposit dalam PRU 15.

Tidak perlulah cuba untuk menjadi hero rakyat dengan menunggang permohonan maaf DS Najib.

Kerana parti nyamuk PEJUANG telah ditolak secara total oleh rakyat.

 

Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker