Setiap pemain perlu kekal prestasi terbaik – Aidil Sharin

Setiap pemain perlu kekal prestasi terbaik – Aidil Sharin

Setiap pemain perlu kekal prestasi terbaik - Aidil Sharin
AKSI antara Kuching City dan KL City FC malam tadi. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Selepas berjaya mencatat kemenangan ke atas Kuala Lumpur City (KL City), skuad Kuching City FC dilihat kini berada dalam mood positif untuk meneruskan momentum itu pada perlawanan akan datang.

Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak berkata, setiap pemain tetap perlu mengekalkan prestasi di tahap terbaik kerana pasukan lawan juga kini semakin meningkatkan dan ia tidak akan menjadi lawan yang mudah buat mereka terutama dalam memburu kedudukan lima terbaik pada akhir liga nanti.

“Saya berikan kredit kepada pemain kerana ketika kami hilang seorang pemain, setiap orang tidak putus asa dan berjaya mendapatkan gol ketiga. Saya bangga dengan kedudukan kami sekarang tetapi saya perlu ingatkan ini adalah saingan liga di mana setiap minggu kedudukan liga akan berubah.



“Semua pasukan sedang berikan saingan dan saya berpendapat setiap lawan akan mula waspada dengan pasukan kami. Saya yakin kualiti bertahan kami bertambah baik namun saya juga harap pemain dapat kekalkan disiplin dan terus mengekalkan konsisten.

Terdahulu, dalam perlawanan itu, tiga gol hadir bermula dari jaringan sendiri pemain KL City, Giancarlo Gallifuoco sebelum Petrus Shitembi dan Tchetche Kipre menceriakan penyokong tuan rumah sementara pasukan pelawat sekadar berpuas hati dengan satu jaringan dari Paulo Josue.

Namun, kemenangan itu harus dibayar dengan harga mahal selepas dua pemain mereka, James Okwuosa dan Kipre dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua dalam perlawanan itu.

Ketika ini, skuad kendalian Aidil Sharin berada di kedudukan kelima liga dengan 18 mata selepas 13 perlawanan dan hanya dibezakan dua mata dengan pasukan nombor tiga, Sabah FC.

 



Setiap pemain perlu kekal prestasi terbaik – Aidil Sharin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker