Kuljanac geram pemain gagal ambil kesempatan

Kuljanac geram pemain gagal ambil kesempatan

Kuljanac geram pemain gagal ambil kesempatan
AKSI antara KL City dan Kuching City semalam. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Miroslav Kuljanac ternyata tidak gembira apabila skuad kendaliannya gagal menggunakan kelebihan meskipun dua pemain tuan rumah dilayangkan kad merah berbaki 30 minit terakhir dalam saingan Liga Super semalam.

Bagi Kuljanac, setiap pemain sepatutnya mengambil peluang terbaik itu untuk mendapatkan jaringan namun ia tidak terjadi selain beliau melihat pasukan Kuching City FC menampilkan aksi sangat baik untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka.

“Kami melepaskan gol ketiga terlalu cepat kerana pada waktu itu, saya sedang menyiapkan perubahan (taktikal) kepada pasukan kerana keadaan masa semakin suntuk. Malah, penjaga gol Kuching City juga beraksi cemerlang menafikan beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

“Saya melihat, kami lebih kepada tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol terutama pada 15 minit terakhir di mana apabila tuan rumah banyak membuang masa sehingga memberi kesukaran untuk kami beraksi.

Terdahulu, hasrat skuad Warga Kota untuk meneruskan kemenangan buat kali ketiga berturut-turut tidak kesampaian apabila dimalukan oleh skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dengan keputusan 1-3.

Kuljanac geram pemain gagal ambil kesempatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker