[VIDEO] Datuk Nasiruddin, Datin Azura antara 20 ahli GISBH didakwa

Oleh – Syeikh Baran

[VIDEO] Datuk Nasiruddin, Datin Azura antara 20 ahli GISBH didakwa

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, isterinya Datin Azura Md Yusof dan 20 lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak empat tahun lalu.



Bagaimanapun tiada pengakuan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Selain Nasiruddin, 65, dan Azura, 57, seramai 20 lagi individu yang didakwa ialah Hasnan Abd Hamid, 53, Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 32, Mohd. Shukri Mohd. Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdaluddin Latif, 34, Mohamad Sayuti Omar, 35, Mohd. Fazil Md Jasin, 57, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 34, Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28.

Tertuduh lain ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly,44, Mahani Kasim, 54, Siti Hajar Ismail, 51, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27, Nurul Jannah Idris, 28, Nur Jannah Omar, 32, Siti Salmiah Ismail, 57.

Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan , mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di sebuah tempat di Jalan Desa, di Bandar Country Homes, Rawang di sini antara Oktober 2020 hingga 11 September lalu.



Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Disember ini bagi sebutan semula kes bagi semua tertuduh.

Semasa prosiding, tertuduh-tertuduh diwakili peguam-peguam Datuk Rosli Kamaruddin, Muhammad Zaim Rosli, M.Hafiz Zainol Abidin dan Boestamam Ahmad.

Sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd. Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.



Ketika prosiding berjalan, salah seorang tertuduh wanita iaitu Siti Salmiah kelihatan batuk tanpa henti sehingga diberi bantuan polis.

Semalam media melaporkan, seramai 22 individu termasuk Nasiruddin akan dituduh dibawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker