Polis sedia siasat pengintip rumah perlindungan GISBH
Oleh – Syeikh Baran
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menyiasat dakwaan kononnya ada pihak yang sedang mengintip rumah perlindungan yang menempatkan kanak-kanak GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kanak-kanak yang diselamatkan itu kini ditempatkan di beberapa rumah perlindungan termasuk di Negeri Sembilan dan Selangor.
“Nanti kita siasat, pasal ada rumah perlindungan di Negeri Sembilan dan Selangor,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Menurutnya, semua kanak-kanak terbabit adalah selamat di bawah jagaan di rumah perlindungan berkenaan berserta kawalan keselamatan yang tinggi.
Sumber – KOSMO! ONLINE