14 rangkaian pengedar aksesori telefon tiruan diserbu

Oleh – Syeikh Baran

14 rangkaian pengedar aksesori telefon tiruan diserbu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan serbuan ke atas 14 buah premis di sembilan buah negeri ekoran disyaki menjual pelbagai jenis aksesori telefon bimbit tiruan pada minggu lalu.



Serbuan itu melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang dengan nilai rampasan sekitar RM65,000.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan hasil aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar berkaitan serta risikan awal KPDN.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua premis terbabit, KPDN menemukan sejumlah 2,600 unit pelbagai jenis aksesori telefo bimbit yang disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kesemua aksesori telefon bimbit tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi tujuan siasatan dengan

nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM65,000



Katanya, 13 kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah subseksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

“KPDN ingin memberikan amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menjual barangan yang tidak mendapat kebenaran pemilik cap dagangan berdaftaryang sah kerana ianya merupakan suatu kesalahan yang serius.

“Selain itu, pengguna turut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak menyokong aktiviti penjualan barangan tiruan kerana boleh mengakibatkan kerugian kepada rakyat dan negara serta dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna itu sendiri,” tegasnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker